[emel]

Assalamu’alaikum warahmatuLLAH

Akhi yang dikasihi dan dirindui kerana ALLAH,

Syukur dan puji buat ALLAH, kerana ALLAH telah mengurniakan kepada antum kebaikan, bila mana antum percaya dan setia kepada jalan dakwah ini. Jalan yang telah diwariskan oleh baginda Nabi SAW, kemudian para sahabatnya, kemudian para tabi’in, kemudian para tabi’it tabi’in, dan seterusnya, dan seterusnya. Sungguh, bukan Hassan al-Banna yang memulakan dakwah ini. Beliau hanya mengembalikan umat ini kepada sumbernya yang mulia, lalu ALLAH pun menurunkan keberkatan-Nya kepada dakwah ini, hingga ia berkembang, dan kemudian menyebar.  

Cuma satu perkara akhi, ana tidak boleh menjamin antum dapat merasakan apa yang pernah antum rasakan dulu. Cuma kita berusaha. Berdoalah moga ALLAH tetap menyatukan hati-hati kita dalam keredhaan dan kasih sayang-Nya. Setiap ikhwah, halaqah dan sebagainya tentu ada masalah. Seperti rumah tangga, siapa kata rumah tangga yang bahagia tak akan pernah punya masalah? Hatta seorang Hassan al-Banna saja, isterinya pernah memujuknya untuk tidak keluar berdakwah semasa anaknya sedang sakit. Atau, anaknya yang berlaku kurang sopan terhadap tetamu sang ayah. Hatta rumah tangga Nabi SAW pun terwarna dengan pelbagai ragam kehidupan, hingga pernah nabi SAW memboikot isterinya dan mengasingkan diri di masjid. Atau menegur Aisyah yang sedang jeles dengan peringatan “qarin (syaitan)mu sedang menguasai dirimu”

Nah, rumah tangga yang bahagia bukan terletak pada sempurnanya rumah tangga itu daripada sebarang permasalahan, sebarang kelemahan, sebarang kesilapan. Tetapi, keluarga yang bahagia itu adalah tatkala kita matang dan bisa menguruskan semua kelemahan, permasalahan dan kesilapan itu dengan jayanya. Bagaimana kita bisa sabar dengan seorang al-akh yang tidak menyenangkan kita, hingga kita beroleh kebaikan (dengan kematangan dalam menegur, kesabaran, dan berlapang dada) dan beliau pun menerima kebaikan (berubah dari hal-hal yang tidak menyenangkan kita, bertambahnya keimanannya, mengeratnya ukhwah beliau dengan kita). Seperti juga kita mendidik anak. Sedang cucu Nabi SAW saja bermain-main tatkala solatnya Nabi hingga Nabi terpaksa sujud lama, masakan anak-anak kita lahir-lahir sudah perfect dan bebas dari sebarang kekhilafan. Maka kebahagian itu bukan pada kesempurnaan, tetapi bagaimana kita menguruskan ketidak sempurnaan itu.

 

Moga ALLAH senantiasa mempertautkan kita. Kalau pun tidak dalam pertemuan yang dihadiri jasadiyah kita, moga kita tetap ketemu lewat doa-doa rabitah kita.

Wassalam.

p/s – adaptasi email kepada seorang al-akh yang amat dirindui…

Advertisements

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

3 Responses to [emel]

  1. mj ustad says:

    ana minta kebenaran link kan post ni di fb…
    asalammualaikum…

  2. ibnzahari says:

    mohon kebenaran nak post kt FB…

  3. baihaqi says:

    syukran akhi..

    makin rindu ana pada antum semua.. 😦

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s