Wajarkah Memboikot Facebook?

Saya kira, ramai yang salah sangka terhadap artikel saya sebelum ini berkenaan penggunaan Facebook. Artikel itu sebenarnya lebih kepada menjelaskan kenapa saya kurang berminat untuk menjadi sebahagian “ahli keluarga” Facebook, sekaligus teguran buat mereka yang sudah lari dari landasan asal konon-konon kenapa mereka mula menceburi Facebook asalnya. Malangnya, tidak saya sangka ada yang salah faham lalu meneka bahawa itulah hujah yang paling tepat untuk mengharamkan diri daripada menceburi dunia Facebook.

Lalu, dengan serangan terbaru rejim Zionis kepada pihak kebenaran (kali ini LL4G), kempen memboikot baranagn Zionis secara besar-besaran kembali dilakukan. Dan Facebook, yang diasaskan oleh seorang Yahudi, turut menerima tempias sebagai produk yang harus turut sama diboikot oleh kita.

Ingat, saya bukan pengguna Facebook (walaupun tanpa disangka, ada lagi insan yang bernama Faridul Farhan di Malaya ini, yang turut punya akaun facebook rupanya) maka hujah-hujah saya ini tentunya tidak punya sebarang kepentingan tatkala saya berkongsi kan ia dengan anda, para pembaca yang sudi menjengah blog ini sekalian.

Sepengetahuan saya, setiap manusia yang mendaftar untuk menjadi ahli keluarga Facebook, tidaklah dia dikenakan sebarang bayaran. Oleh yang demikian, barang siapa yang mempunyai akaun Facebook, tidaklah menyumbang secara langsung terhadap penjahat Zionis, itu pun kalau memang benar Facebook menyumbang kepada Zionis. Isu tidak menyumbang secara langsung (kerana menjadi ahli adalah percuma seumur hidup) adalah satu isu. Benarkah Facebook menyumbang kepada Zionis, itu adalah satu isu yang lain. Ingat, kita tidak boleh pukul rata semua Yahudi di sini. Ada juga Yahudi, bahkan di Israel sendiri, yang membantah tindakan biadap regim Zionis yang terbaru ini. Maka memahami bahawa semua Yahudi tidak akan pernah redha dengan Islam, adalah satu pemahaman yang kurang tepat, kerana jika memang itu yang dimaksudkan oleh nash, kita tidak seharusnya menerima sosok-sosok Yahudi untuk emmeluk Islam, seperti yang dilakukan oleh Maryam Jameela misalnya.

Ingat, kaedah hukum di dalam Islam adalah sama dengan kaedah hukum yang diguna pakai diseluruh dunia, iaitu setiap pertuduhan memerlukan pembuktian. Maka, di manakah bukti bahawa Facebook secara terang-terangan mahu pun tersembunyi menyumbang kepada Zionis? saya tidak kata tiada, tapi hal inilah yang harus dibuktikan terlebih dahulu -berdasarkan kaedah huikum- sebelum menyeru pemboikotan facebook.

Ketiga, para cendekiawan Islam telah menyuluhkan banyak kaedah fiqh kepada kita. Antaranya ialah hal-hal berkaitan mudarat. Menolak kemudaratan senantiasa diutamakan, berbanding beroleh manfaat (dar’ul mafasid aula min jalbil masholih) . Nah, adakah dengan memboikot Facebook, Islam lebih banyak memperoleh manfaat, atau justeru menimbulkan lebih banyak fitnah, salah faham dan serangan terhadap Islam.

Lihatlah sebegini: pemuda-pemuda Islam yang bersemangat tinggi semuanya memboikot Facebook. Lalu, ketika ada orang putih melancarkan kempen melukis wajah rasulullah misalnya, siapakah di kalangan kita yang akan tahu? Terlebih penting, siapakh di kalangan kita yang akan melawan fitnahan sebegini? Di facebook, ramai yang menjadi ahlinya kerana niat yang pelbagai. Mereka tidak akan meninggalkan facebook. Lalu, bilamana mereka yang asalnya berniat dakwah tatkala menyertai Facebook, kemudian sehabis-habisan meninggalkan dan memboikotnya, maka siapakah lagi yang akan mendakwahi mereka?

Saya suka melihat ini dari segi reverse psycology. Perhatikan peristiwa 9/11 misalnya. Para konspirator merencanakan semua ini; tumbangnya WTC- tentunya dengan niat menjadi point besar untuk memfitnah Islam. Dan benar, Bush menjadikan konspirasi jahat itu sebagai dalil untuk menyerang Afghanistan. Menjajah Iraq. Menaham orang Islam di Guantanamo. Mereka kira, konspirasi mereka telah berjaya. Tapi, mereka lupa bahawa “wamakaru wamakaraLLAH. Wallhu khairul makirin” Plan jahat mereka akhirnya back-fire. Para Muslim berjaya menukar situasi 180 darjah, daripada senario yang menekan Islam, menjadi senario yang menguntungkan Islam, hingga akhirnya tragedi 9/11 itu menjadi asbab untuk ramai orang Barat bertanya dan mengenali Islam. Hingga, akhirnya Islam menjadi the fastest growing religion in the West.

Nah, inilah yang dimaksudkan oleh Mas Khairul Azzam, sang heronya “ketika cinta bertasbih” tatkala mengatakan bahawa keberhasilan itu terjadi ketika kita memahami bahawa hanya perbedaan sedikit di antara tantangan dan peluang, dan mereka bisa merubahnya menjadi peluang.Memanfaatkan tantangan menjadi peluang, begitu nukil Kang Abik pada ms. 230 novel episod pertamanya itu.

Keempat, di mana pengesahan bahawa Facebook harus diboikot? Bahkan, mana sih reference kita tentang produk-produk yang harus diboikot. Misalnya KFC. KFC tiada di dalam list barang yang harus diboikot menurut website inminds. maka, tiada langsung fakta bahawa KFC menyokong Zionis. Tetapi saya bisa faham kalau-kalau ianya diboikot kerana ia adalah syarikat US. Tapi saya hairan, kenapa A&W boleh makan pulak, sedangkan ia pun syarikat US jugak? Dan dari segi pemilikan, KFC lebih “Malaysia” berbanding US. Tahukah anda JCorp yang memiliki KFC turut membayar zakat, tetapu ada sebuah syarikat tempatan yang besardan terkenal, tidak mengeluarkan zakat? Tahukah anda JCorp bukan sekadar memiliki KFC Malaysia, tetapi beberapa KFC beberapa negara lain juga, dan mereka memang berazam untuk menguasai KFC HQ di US tu, demikian menurut majalah “i”. Kenapa KFC sahaja diboikot, tetapi tidak Pureen misalnya? atau, lain-lain barangan US. Gardenia pun hendak diboikot, sedangkan sahabat saya yang belajar di US, ketika menjawab soalah saya, mengatakan bahawa di US tidak ada roti cop Gardenia! Maka, bila masa pula Gardenia ni syarikat US? Tidak apa, isu KFC saya akan hurai lain kali insyaAllah, kerana isu KFC ni saya suka melihat dari sudut Usman R.A tatkala membeli telaga Ruma dari seorang Yahudi di Madinah.

Pointnya tadi ialah, website mana sebenarnya reference kita? Jika kita semua setuju inminds lah main rujukan kita, maka sungguh, Facebook tidak (atau belum) termasuk di dalam senarainya.

Inilah pandangan saya. Tentunya ada kelemahan di sini sana. Mohon berlapang dada dan menjadi muhasabah bersama.

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

5 Responses to Wajarkah Memboikot Facebook?

  1. ummufarhan says:

    Salam,

    Kalau kita click iklan2 kat tepi dalam facebook tu, facebook akan dapat duit.

  2. zikri says:

    salam faridul,
    ana kenal enta dulu masa enta bagi ceramah bersama dr hizul..
    alhamdulillah, penulisan enta sgt menarik perhatian ana..
    ana akan ternanti-nanti isu KFC yg akan enta ulas..

    ana juga ana pendapat tersendiri..

    • faridul says:

      wa’alaikumus salam akhi Zikri

      jazakallah khairan di atas kunjungannya. cuma, ana rasa anta silap orang kot. ana tak pernah bagi ceramah bersama Dr. Hizul. Kalau Dr. Hizul bagi cermaha ana menemani, ada la..

      wallahu a’lam. Rasanya molek gak anta tulis pasal KFC tu. Ana ni pun open minded, sedia menukar pandangan based on hujah dan input yang dihidangkan. Macam dulu, zaman awal-awal tarbiyah dulu, teh tarik pun kami tak minum bila tenghok susu kedai mamak tu guna F&N. dan macam2 lagilah…

  3. fadhilmahmud says:

    bukan teh tarik yg diboikot tp susu cap F&N yn diboikot,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s