Thinking “Outside the Box”

Saya akui, saya bukanlah seorang yang pakar dalam bidang ekonomi. Namun, tidaklah bererti saya buta hati terhadap ilmu ekonomi. Sekurang-kurangnya saya belajar subjek Ekonomi Asas ketika SPM dulu, bahkan mendapat A1 lagi dalam subjek tersebut baik dalam peperiksaan biasa, trial SPM bahkanjuga dalam SPM yang sebenar.

Anda tidak perlu menjadi pakar untuk memahami bahawa peluang terbaik untuk membeli sebuah syarikat, atau “take over” dalam istilah bisnesnya, adalah ketika struktur ekonomi syarikat tersebut sedang gawat. Ertinya, demikian mereka sedang melimpah dengan kredit yang melebihi debit, baik disebabkan pengurusan syarikat itu yang lemah mahu pun sistem ekonomi negara originnya collapse, lalu membawa bencana pada seluruh syarikat-syarikat dalam negeri tersebut, maka detik ketika itulah, peluang untuk sebuah “take over” sedang terbuka luas untuk kita.

Nah, kita semua tahu bahawa sistem ekonomi Amerika telah tumbang semenjak-dua menjak ini. Bahkan, Barrack Obama naik menjadi presiden kulit hitam US yang pertama pun, tatkala dunai melihat ekonomi kapitalis Amerika runtuh di hadapan matanya. Maka, tatkala ekonomi US sedang nazak inilah, menjadi peluang terbaik syarikat-syarikat Muslim tumbuh, atau lebih extreme lagi “take over” syarikat-syarikat gergasi ini. Kerana itu saya suka melihat usaha “take over” ini lebih besar dan lebih bermanfaat berbanding kempen memboikot sebahagian syarikat milik US ini. Jihad ekonomi, mungkin.

Ternyata tycoon judi, Vincent Tan “fastabiqul khairat” dalam hal ini. wajar saja non-Muslim menguasai ekonomi di bumi Malaysia, kerana mereka tahu when to take the oppurtunity. Saya petik dari akhbar Kosmo (http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1211&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm):-

Vincent Tan beli Friendster

KUALA LUMPUR – Peneraju rangkaian sosial dalam talian, Friendster telah bersetuju dengan pembelian pengambilalihan oleh sebuah syarikat Malaysia iaitu MOL Global Pte Ltd yang akan menjadikan laman itu sebagai e-Perdagangan.

Friendster yang bermula pada tahun 2002 digunakan secara meluas dalam perkongsian video, gambar serta pesanan sebelum populariti laman tersebut menerima saingan sengit daripada Facebook.

Pengguna Friendster majoritinya berada di kawasan Asia.

Berdasarkan perjanjian baru, Friendster yang berasal dari California akan menjadi milik sepenuh MOL Global yang merupakan firma berkait dengan MOL AccessPortal Bhd. (MOL), iaitu sebuah firma pembayaran dalam talian milik taikun Tan Sri Vincent Tan.

Walau bagaimanapun, harga pembelian itu tidak didedahkan.

“Kombinasi entiti baru ini akan memberikan Friendster sokongan kewangan, rangkaian pengedaran serta infrastruktur e-Perdagangan yang akan menjadi pemangkin kepada strategi kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Friendster, Richard Kimber.

Dengan memiliki lebih 75 juta pengguna berdaftar, Friendster menyatakan 90 peratus aliran penggunaan harian adalah di kawasan Asia manakala MOL pula memiliki lebih 500,000 saluran fizikal dan maya di 75 buah negara untuk mengutip bayaran kandungan serta perkhidmatan.

p/s – berita ini penting sebagai mukaddimah perbahasan isu KFC. Maaf, saya lebih suka melihat idea “take over” KFC ini sebagai lebih baik berbanding usaha pemboikotan. Dan ternyata JCorp memang mempunyai usaha untuk take over ini (rujuk majalah “i”). Mukaddimah yang kedua adalah kisah Usman membeli sumur Ruma daripada Yahudi Madinah. Tidakkah Usman “menyumbang” pada sang Yahudi yang sudah banyak menekan umat Islam di Madinah itu? Atau, Usman melihat usaha yang dijanjikan Syurga oleh Rasulullah itu dari segi “outside of the box”, berbeza daripada stail pemikiran manusia umum lainnya? Mari kita bincangkan (nanti), insyaALLAH….

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Thinking “Outside the Box”

  1. Ammar says:

    menanti tulisan enta seterusnya akhi..oh ye, skarang ana ambil jurusan ekonomi..harap dapat belajar sesuatu dari enta

    with love,
    Akhi Ammar

    • faridul says:

      Syeikh Ammar Roslizar ke?

      Sebenarnya nak buat tulisan ilmiah ni takes time, sebab nak kena kumpul balik semua reference. Tak leh pakai ingatan je…

      Tapi basically produk2 yang disebut dalam inminds tu ana setuju untuk boikot. Tapi yang takde dalam inminds, harus dibuat kajian lagi. Bagi kes KFC, ana lebih suka kita bantu Jcorp dalam usahanya nak “take over” KFC mother company cam disebut oleh pengerusinya dalam majalah “i”. Macam Vincent Tan buat pada Friendster.

      Ketika orang bersemangat Islam menjauhkan diri daripada kelalaian kedai-kedai kopi, Hassan al-Banna bahkan memanfaatkan kedai kopi untuk dakwahnya. Begitulah seharusnya Facebook.

      Pandangan ana. Sedia untuk menukar pandangan. Tapi rasanya sebagai orang yang belajar ekonomi, anta lagi faqih insyaAllah. Menanti untuk belajar daripada anta.

      Wallahu’alam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s