Sayyaratu Da’wi: Tanda tajarrud seorang al-akh

“Segala puji bagi ALLAh yang telah mempermudahkan (kenderaan) ini untuk kita dan kita bukanlah segandingan dengannya dan kepada Tuhan kita akan kembali”

 

Doa ini –yang merupakan petikan surah az-Zukhruf, ayat 13-14- diajarkan oleh Nabi kita SAW kepada umatnya, untuk dibacakan setiap kali menaiki atau menunggangi kenderaan, demikianlah Imam Muslim merawikan daripada Ibnu Umar. Ertinya, sebagaimana hebat pun kenderaan yang anda tunggangi, baik yang anda sendiri memandunya (seperti kereta) atau anda sekadar menumpanginya (seperti kapal terbang), oleh baginda Nabi SAW, diajak untuk kembali melihat kepada keagungan dan kekuasaan ALLAH SWT. Bukan, bukan kereta atau motor atau enjin itu yang menggerakkan kenderaan itu. Sekali lagi, bukan! Sebaliknya ALLAH lah yang telah menundukkan dan mengizinkan kenderaan itu untuk tunduk kepada kendalian sang driver, biar pun terkadang iktikad kita seakan melihat kitalah sang pengendali kenderaan tersebut. Ertinya, di sebalik kehebatan teknologi kenderaan dewasa ini, bagi al-akh yang beriman, tetap ia merasakan ianya justeru lambang kekuasaan Ilahi Rabbi. Kenderaan itu, tetap tak akan pernah lari daripada menjadi “ayat min ayatillah” “tanda-tanda kebesaran dan keagungan ALLAH SWT.”

Dalam satu kursus berkenaan fire fighting, sang trainer –yang bukan beragama Islam- menjadikan pembelian kereta sebagai analogy untuk menerangkan tujuan dan tugas system fire fighting yang ia syarahkan. Katanya, jika dia ingin mengorat perempuan, nescaya dia akan membeli kereta sport. Jika ia ingin menciluk-ciluk di tengah-tengah kesibukan kotaraya, akan ia beli kereta kecil seperti viva dan yang sumpamanya. Tetapi jika ia ingin membeli kereta “family”, untuk dibawanya sanak saudara serta orang tuanya, maka MPV lah yang menjadi “pojaan hatiku.” Nah, sang trainer non-Muslim itu telah “back to basic”, persis yang diungkapkan oleh baginda Nabi SAW, iaitu babun niah sebagai memukaddimah kebanyakan kitab-kitab hadith yang dikumpulkan oleh para ulama’.

Nah, bagi seorang al-akh yang shodiq (benar), ia akan tetap benar dalam “aku janjinya” terhadap da’wah ini. Bahawa ia telah menginfaqkan seluruh jiwa juga hartanya, untuk perjuangan suci ini. Inilah intima’ (penglibatan) totalnya ke dalam da’wah. Ia tajarrud terhadap da’wah, baik tajarrud dalam erti makna “memurnikan” jiwanya daripada tujuan dan habuan duniawi, mahupun dalam erti kata “totalitas” terhadap da’wah sepenuhnya. Inilah yang membolehkan amaliyatut tajnid berjalan dengan jayanya. Kerana amaliyatut tajnid sifatnya “human orientated”, tetapi jiwa yang tidak tajarrud, masih menyempatkan hatinya untuk dunia dan isinya, orientasi fikrahnya sering kali amaliyatul agna’, material orientated. Senantiasa material yang harus dipersiapkan dahulu. Siapkan markas dulu. Siapkan kenderaan rasmi dahulu. Barulah kita mengumpulkan mad’u.

Berbeza dengan amaliyatut tajnid (human orientated), material itu datangnya kemudian. Dan sering kali material tadi, untuk memenuhi keperluan mad’u dan da’wah, justeru dipersiapkan oleh diri mereka sendiri, bukan sering mengharap-harap pada jema’ah. Sunduquna Juyubuna. Material kami daripada poket kami sendiri, begitu slogan mereka sehari-hari.

Nah, oleh yang demikian, memiliki kenderaan, justeru bukan untuk memenuhi keperluan diri sendiri, sebaliknya kenderaan kita harus sifatnya “sayyaratu da’wi” kereta atau kenderaan da’wah. Dan kenderaan apakah yang lebih efisyen dalam memenuhi keperluan da’wah jika bukan kenderaan besar, minimum seluas 7 seater?

Lalu para pendahulu kita memberikan contoh kepada mereka. Kalau pun kita segan menuruti jejak langkah mereka untuk memiliki van –yang mungkin dah “ketinggalan zaman” sifatnya-  apakah salah untuk kita “kekal” dengan niah, kekal dengan tujuan, dan kekal dalam kesungguhan menjadikan transportkan kita sayyaratu da’wi, dengan membeli MPV 7 seater, instead of kenderaan yang sama harga (atau lebih) yang sekadar 5 seater, tetapi mungkin lebih canggih atau selesa berbanding MPV dakwah tadi? Bukankah sang trainer non-muslim tadi, sudah membongkarkan tujuan pemilikan sesebuah kenderaan? Apakah berkenderaannya kita, demi memenuhi keperluan dakwah, mengangkut mad’u ke program-progarm dakwah, atau sekadar bergaya, mencari selesa, dan kepuasan peribadi?

Sayyaratu da’wi (kenderaan dakwah). Apakah kereta kita memenuhi spesifikasinya, atau memang kita belum bersedia “berjual beli” yang paling menguntungkan manusiawi, dengan menjadikan diri kita dan harta kita, infaq kepada jalan menuju Ilahi? Atau, harus kau ku hantar ke training fire fighting tadi?

Ir. Faridul Farhan Abd Wahab  “sudah tajarrudkah aku?”

 

p/s – cetusan ilham setelah membaca artikel “ziwaj da’wi”nya Ustaz Muntalaq (http://muntalaq.wordpress.com/2010/06/21/ziwaj-daawi-tanda-wafa-seorang-rijal/)

Advertisements

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to Sayyaratu Da’wi: Tanda tajarrud seorang al-akh

  1. al-akh berkata:

    astaghfirullah….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s