Robin, sahabatnya Batman

Terus terang, saya bukanlah seorang fanatic bola. Walau pun suatu ketika dulu saya tidak boleh hidup tanpa bermain bola dalam sesehari itu, tetapi tidaklah pula seperti itu dalam bab menonton perlawanannya. Akibatnya, saya agak ketinggalan dalam bab berbicara tentang World Cup 2010 di Afrika. Bahkan, bukan sekadar result, tetapi pasukan mana lawan pasukan mana pun, saya kurang mempunyai ilmu pengetahuan.

 

Sungguh pun begitu, tidaklah bermakna saya langsung zero bila berbicara tentang World Cup. Saya tetap tahu bahawa pasukan de Orange atau yang kita kenali sebagai Belanda telah pun mara ke suku akhir, setelah Berjaya menewaskan pasukan Slovakia 2 gol berbalas satu, terima kasih kepada gol cantik serta permainan menarik daripada salah seorang bintang yang hamper dilupakan, bernama Arjen Robben.

 

Arjen Robben. Setelah menyinar di Chelsea, beliau pantas disambar oleh gergasi bola sepak dunia, siapa lagi kalau bukan Real Madrid. Malangnya, sepantas naiknya nama pemain berusia 26 tahun ini, sepantas itu jugalah beliau menjadi pemain yang dilupakan. YUran perpindahan bernilai £24juta yang dibayar Real Madrid untuk mendapatkan khidmatnya pada tahun 2007, seakan tiada nilainya begitu hadirnya Cristiano Ronaldo, Karim Benzema dan Faridul Farhan. Errmm… maaf, Faridul Farhan tidak bermain untuk Real Madrid, haha.

Ia menjadi pemain yang terlupakan. Tetapi, tidak sampai setahun kemudian, ternyata Arjen Robbenlah yang menjadi tumpuan di pentas akhir Piala Juara-Juara Eropah bertempat di Madrid, biar pun kini dengan pasukan yang berbeza, Bayern Munich. Nah, pemain yang satu ketika dahulu terlupakan, dibayangi oleh pemain-pemain seperti Ronaldo, Karim Benzema, Kaka dan sebagainya, membuktikan bahawa tidak semestinya pemain non bintang tidak boleh meninggalkan impact.

Begitulah juga dengan kita, wahai saudaraku. Mungkin kau fikir kau bukanlah “pemain bintang” dalam persada dakwah tanahair. Kau tidak petah bercakap, tidak hafal banyak ayat al-Quran, janggut tidak cukup panjang, ilmu agama mu tak standing kitab-kitab fikah, tidak cukup hensem….. tetapi percayalah, yang menjadikanmu “orang besar” di sisi penghuni langit, bukan kerana kau justeru “orang yang dipandang besar” di sisi penduduk bumi. Tetapi, karya-karya, dan amal dakwah mu lah yang membesarkan kamu, hingga bisa tampil di “podium” orang-orang salih lagi Berjaya di perkampungan Akhirat.

Para ahli Badar, semuanya mendapat keampunan daripada ALLAH. Mereka adalah ahlul Jannah , pemegang tiket ke Syurga ALLAH. Namun, daripada 313 atau lebih ahli perang Badar itu, tak semuanya itu dikenali oleh kita. Menunjukkan, biar saja mereka kurang dikenali, tetapi sumbangan mereka tak kurang hebatnya berbanding “bintang-bintang besar” seperti Abu Bakar, Umar, Usman, Ali dan seumpanya. Merak menjadi the unsung heroes oleh penduduk bumi, tetapi bangkit sebagai bintang berkerdipan di sisi penduduk langit.

Bukankah Robin dulu watak sampingan berbanding En. Batman? Ternyata, Robin juga yang namanya naik di pentas World Cup, bukannya Batman, ye kan? Erm….Robben dengan Robin, sama ke?

 

 

 Ir. Faridul Farhan Abd Wahab  “moga amal yang membesarkan kita”

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

10 Responses to Robin, sahabatnya Batman

  1. ProfHussaini says:

    Salam

    Waah… Motivasi buat ana, seorang tentera biasa.

    Biarlah ana menjadi seperti Robben yang tidak terkenal, tetapi menjaringkan gol.

    Bukannya seperti Rooney yang gah sebagai ayam tambatan, tetapi menghampakan.

  2. sangat menarik dan memberi kesan artikel dan analogi ni. berjayanya kita bukan di sisi penonton dakwah, tapi di sisi Penerima dakwah kita, Allah azza wa jalla.

    Jazakallah akhi atas reminder yang cukup besar ni.

  3. Adlee Azfar says:

    Salam… mohon share link artikel dlm blog ini di FB boleh?

  4. hanif says:

    wah, betul-betul memberi motivasi..
    Bercita-cita ingin menjadi seorang yang mempunyai personaliti seperti pemilik blog ini, seorang profesional engineer dan seorang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi..insyaAllah,

  5. Aliff says:

    artikel yang sangat bagus.. di sini saya ingin berkongsi sedikit tentang pengetahuan saya mengenai bola sepak, dan mungkin sedikit pendapat dan pembetulan..

    Sebenarnya dalam dunia bola sepak, nama Roben tidak pernah dilupakan, namanya masih gah bermula ketika berada di chealse, pindah ke real madrid dan seterusnya pindah lagi ke Bayern Munich.. Cuma trend bola sepak Malaysia lebih mengenali English premier league (EPL) atau liga english spt Chealse, liverpool, Man Utd dan Arsenal, berbanding liga sepanyol, liga perancis, dan liga italy (yang sebenarnya bagi pendapat saya lebih hebat dari liga english). kerana trend ini kita kebanyakannya lebih mengenali pemain2 dan berita2 dari liga english sahaja.. pemain2 selain liga english tidak dikenali dan didengari kecuali pada musim World Cup. .Itulah yang terjadi pada Roben, ia dikenali di Malaysia ketika berada di Chealse (liga english) tapi kurang didengari lagi beritanya apabila dia berpindah ke Real Madrid (liga sepanyol) dan berpindah lagi ke Bayern Munich (liga perancis).. Ia cuma dilupakan oleh peminat bola sepak Malaysia (yg cuma meminati liga english) tapi tidak dalam dunia bola sepak.. bagi mereka yang mengikuti perkembangan keseluruhan bola sepak eropah, pasti mereka tidak akan lupa dgn Arjen Roben, dan saya adalah salah seorang daripada peminat itu.. Real Madrid menjual Roben untuk membeli ronaldo, bukan kerana Roben tidak dikenali atau tidak hebat, cuma real madrid harus memilih salah seorang daripada mereka.. tapi memang tidak dinafikan ronaldo lebih glamour dan lebih ‘star’ berbanding Roben.. Biasalah bagi pemain yang pernah memenangi pingat ‘ballon d’or’ pastilah ‘star’nya lebih.. Tapi antara Roben dan Benzema, bagi saya tahap ke’glamour’annya lebih kurang sama. Benzema x lbh glamour dr Roben dan Roben pn x lbh glamour dari benzema, kedua-duanya hebat cuma posisi bermain sahaja sedikit berbeza (Roben-winger, Benz-striker).. Atau mungkin saya yg x perasan yg Benz lbh glamour dr Roben, mungkin itu kerana Benz adalah striker jadi dia menjaringkan gol lebih banyak, atau mungkin sebab Benz adalah pemain pelapis yg masih terlalu muda yg namanya sedang meningkat

    Jika belanda menang WC, aya rasa wesley sneijder yg akan merangkul pingat ‘ballon d’or’ tahun ini selepas lionel messi. (Roben is a great winger and Sneijder is a great Attacking Midfielder, dan kedua-duanya conform sbg starting 11 players dan key players dlm WC).. Sneijder dijual oleh real Madrid utk membeli Kaka, kemudian dia dibeli oleh Inter Milan (liga italy) dan menang dlm ‘champions league’ (liga juara-juara) melawan Bayern Muniach kelab Roben, kemudian juara lagi dalam liga italy.. jika belanda menang lagi dalam WC, pingat Ballon d’or mungkin antara Roben atau sneijder, tapi saya rasa sneijder kerana kelebihannya menjuarai lebih byk pertandingan penting dalam peringkat kelab berbanding Roben.. Mungkin..

    Saya adalah peminat setia bola sepak terutamanya bola sepak eropah dan saya sangat meminati liga sepanyol.. saya mengikuti perkembangan bola sepak sejak dari zaman sekolah lagi sebelum tarbiyah.. sukar utk membuang minat ini walaupun ada teman2 yang menasihatkan agar saya harus mengurangkannya… Apa pendapat akh tentang minat saya ini?

    ohh ya, sekadar informasi bersama.. ramai pemain2 hebat bola sepak eropah adalah muslim.. cth Zidane, Karim Benzema, Anelka, thierry henry, samir nasri, Van Persie, kanoute dan banyak lagi.. tapi sayang, kebanyakannya tidak mengikut cara hidup islam..

    • faridul says:

      Jazakallah khairan akhi Aliff tentang perkongsian tentang Robben. Haha.. sebenarnya, masa Final Champions League hari tu, surat khabar yang dok kata Robben ni pemain yang dilupakan, dek untuk memberi laluan pada Ronaldo, Karim Benzema dsb.

      Artikel ni ditulis masa selepas ana lunch kat cafe ofis sambil menonton highlight WC. Bila pengulas dok sebut “Robben… Robben..” ana sengih sendirian sebab teringat kat Robin counter partnya Batman. Robin dia takde komik dia sendiri, sekadar menumpang “glamer” Batman. Ni tetiba “nama dia” disebut-sebut oleh pengulas WC tu pulak. Haha.. tak sangka pulak ramai yang beri komen pasal artikel tu.

      Kanoute antara pemain muslim yg sangat bagus. Selain dia selamatkan masjid, tak nak pakai baju sponsor judi dsb, rakan2 di UK cakap ketika Kanoute main untuk West Ham, dia selalu bagi talk di masjid-masjid sana. Subhanallah…

      MInat anta pada bola sepak takde salahnya. Bahkan sangat bagus sebenarnya, dalam rangka nak DF orang. Sama gak knowledge kita tentang kereta ke, atau F1 ke, dan sebagainya, sebab benda-benda ni antara isu yang sering disembangkan oleh masyarakat.

      Wallahu a’lam. Batman pun kena gandakan usahanya dalam “dakwah”, biar ada “fastabiqul khairat” dengan Robin…

  6. Zul says:

    Salam akhi faridul,

    Artikel yang sangat manfaat bagi mereka yang berfikir. Ana setuju dengan pandangan anta. Mungkin ade yang berjasa walaupun tak popular namun setiap jasa dan sumbangannya amat diperlukan ketika itu seperti ahli badar. Pada pandangan ana, Sebuah tembok yang kukuh hanya dapat didirikan dari bongkahan2 batu kecil. setiap orang itu ade peranan dan perjuangannya sendiri. Begitu juga dalam majlis2 dakwah, hanya mereka yang petah memberi hujah biasanya diingati, namun sebenarnya dalam setiap majlis itu banyak lagi ahli yang mampu berdakwah walaupun bukan dalam bentuk hujah. Mereka juga adalah sesuatu elemen yang sangat penting walaupun tugasnya menyediakan makanan untuk sesuatu majli. Wallahualam. (mohon tegur sekiranya pendapat ana kurang tepat)

  7. IkhwanJamal says:

    mantap ini artikel… ana mmg setuju, xsemua hero badar dikenali.. tapi tiket syurga depa dh dpt dh… mcm spotlight lah kan, sbb ade org suka tolong pegangkan spotlight jer dan x suka disuluhkan.

    p/s: ana berpindah ke wordpress, blogger byk spam x elok mata memandang : )

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s