Emel buat al-akh yang kehilangan mad’unya (lari)

wassalam
 
takziah di atas kehilangan. dukacita setiap kali ada anak buah dan cucu buah yang lari. ada yang lari sebab memang mereka dah tak minat, ada pula yang lari kerana kita yang gagal menyantuni mereka. Apatah lagi mad’u yang baru-baru, mereka ni wajar saja kalau nak bersikap “boboi” (manja) di dalam tarbiyah. Kalau yang level atas (yang dah jadi muarbbi) pun terkadang bersikap “boboi”, maka wajar saja mad’u-mad’u baru dan fresh bersikap “boboi”, hingga menggerakkan kita untuk menyantuni mereka. Dan demikian kita menyantuni para “boboi” di dalam dakwah ini, mudah-mudahan kita akan sedar betapa sulitnya nak menyantuni orang, hingga, kita pun tak mempamerkan sikap keboboian dengan ikhwah-ikhwah sehalaqah/seusrah kita. Hingga, kita akan terkadang merasakan betapa daie Islam dan para murabbinya terkadang umpama “robot”. Semua orang di sekeliling akan mengeluh kepadanya, seakan-akan ia sendiri tidak punya keluhan, seakan ia sendiri tak punya perasaan, seakan ia sendiri tidak punya kesibukan dan hambatan.
 
Kerana itu, Doa yang diajarkan oleh baginda Nabi yang sering kita sebut ulang di dalam al-Ma’thurat kita pagi dan petang, salah satunya adalah “Ya ALLAH, kami pohon perlindunganmu dari keluh-kesah. ..” “Allahumma inni a-uzubika minnal hammi…”
 
Kerana terbiasa berdakwah, maka ia terbiasa berjumpa ramai orang, banyak ragam. Dan dia akan terbiasa pula menyantuni para “boboi-boboi” di kalangan mad’unya. Hingga, akhirnya ia mendewasa dan matang sendiri. Umpama seorang lelaki yang dulunya mungkin merupakan “boboi”nya mak ayah, tetapi begitu ia punyai anak, ia akan mendewasa lalu memainkan peranan seorang ayah. Ia biarkan anaknya mengeluh dan mengadu kepadanya, bukan bermakna ia tidak punya masalah, tetapi masalahnya jadi kecil bila dibandingkan dengan masalah yang dihadapi oleh anaknya. Berbanding masalah yang dihadapi umatnya. Berbanding masalah yang dihadapi oleh para duat yang lainnya, yang lebih tajarrud dan full time terhadap dakwah ini.
 
Ia tidak mengeluh, kerana doa yang dibacanya. Kerana doa itu bukan sekadar untuk menghilangkan keluhan, tetapi justeru menjadikan musibahnya kelihatan kecil berbanding musibah yang menimpa orang lain. Jiwanya sudah mula hidup untuk melayani orang lain, berbanding hidup untuk menyempurnakan kepuasan dirinya, yang membawa kepada segala bentuk keluhan tadi. Untuk apa mengeluh, sedangkan ia masih dikira beruntung, berbanding sahabat-sahabat dan du’at yang lainnya?
 
Muhasabah panjang untuk kita semua. Besarnya dosa kita kerana tewas dalam menyantuni seorang al-akh yang kelihatannya komit terhadap dakwah, sepanjang kita mengenalinya. Ayuh kita tebus kesilapan dan kealpaan ini, dengan lebih bersungguh untuk dakwah ini. Masih banyakkah masa terluang kita di rumah dan untuk diri sendiri, sedang ummah di luar, yang mahu kepada tarbiyah, tak tercater oleh para murabbi yang bersungguh-sungguh?
 
 Doakan. Doakan keistiqamahn kita semua. Moga kita bisa mengambil ibrah, betapa lemahnya mutabaah seorang daripada kita, justeru membawa effect kepada seluruh dakwah kita.
 

Wassalam.
 

Ir. Faridul Farhan Abd Wahab
P.Eng, MIEM, Sijil Pengajian Syariah

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

3 Responses to Emel buat al-akh yang kehilangan mad’unya (lari)

  1. ;) says:

    salam…

    sekadar perkongsian pengalaman yg bagi saya agak menyedihkan…

    hmmm… sewaktu di KL… sy pernah mengikuti tarbiah.. sy sygkn tarbiah itu dan pasti…sy sygkn murabbiah sy wpun pd lazirnya, saya mungkin dilihat mutarabbi yg degil @ byk songeh… satu ketika, sy pernah komited dalam dakwah dan tarbiah..pernah jg mjd murabbi utk adik2..

    entah mcm mana… mungkin disebabkn rasa ‘cemburu’ pd ahli halqah mbuatkn sy memberontak… sy akui kesilapan sy waktu itu..sy merasai diri diabaikn (adalah sesuatu perkara yg blaku waktu itu)…menyebabkn saya semakin menjauh…sy tahu…sepatutnya, tidak boleh begini…kita ikut tarbiah bkn kna murabbi tp kna ALLAH…

    alhmdulillah… wpun sy tidak dpt lupakan apa yg pernah berlaku…jauh di sudut hati sbenarnya sy sgt menyayangi sang murabbi…tp…sy tahu..wpun murabbi slalu marah sy…jauh di sudut hatinya, die sebenarya sygkn sy..

    lupekn ttg itu…

    sy kemudian bpindah tpt lain…

    sy mcari tarbiah… susah tp alhmdulillah ketemu…

    sang murabbi baru menyatakn bhw die adalah ketua murabbi yg membw dkwh di sini..bkn itu shj, die turut mberitahu bhw suaminya org kuat dkwh sampai peringkat international..saya? alhmdulillah..gembira sbb dpt berhubung dgn org besar dlm tarbiyh..mg2, sy akan dpt mjg tarbiyh dan tak mahu ulangi kesalahn sy sebelum ini..

    tp …

    halaqah (klu sewaktu bsama murabbi dulu) amat dititikberatkn… di sini lain pula… slalu sj xjd atas sebab2 yg kdg2 xdpt diterima akal…klu dulu, murabbi akn usaha cr masa ganti tp skrng, xnmpk pun keadaan itu…

    sekali xjd sbb ada ahli lain xboleh – murabbi dulu..apepun, halaqah ttp no 1.

    kli kedua xjd sbb murabbi p kursus haji…

    kli ketiga jadi… ada usrah gabungn tp tup2 slh info..entahlah …murabbi btindak xjd join walhal ada usrah yg blangsung…

    satu hari… sy bty pada sang murabbi..’usrah kali ini jd x?’ lebih kurg ayatnya…

    huhu… sang murabbi terus jawab, lebih kurang – hello..tlg skit…bkn slh sy usrah xjd…tp awk tu..aritu kate suami kursus n so…

    walhal..pd peringkt awal taaruf, sy sudah ckp..sy xboleh drive..jd, perlukn org amik sy sbb zauj xizin kuar sorg2…sy bg jadual kursus zauj agar dpt susun klu ada clash tp… huhu… nampaknya, murabbi yg mengaku ketua murabbi ini xpeka langsung…

    sy kecewa sgt… mungkin expectation sy sgt tinggi pdnya…

    kemudian..sy sms..beberapa tzkirh yg sy amik dr buku..yg penah diajar murabbi lama sy…

    mungkin slh sy…buat mcm mengajar sang murabbi…

    oleh sbb sy nk tarbiyh dan saya xmahu eksalahn lama sy berulang…(sebelum ini pun, sy yg selalu ty dulu)..mggu seterusnya, sy rendahkn diri ty ttg usrah..dia..begitulah pd mggu2 seterusnya…

    kemudian, sy xputus asa..sy cr no perhubungan murabbi lain yg \menurut kata murabbi br sy ni, org kuat juga…huhu..mbisu juga tp nmpk caranya, beliau lebih prihatin dan simpati pd sy… sy tahu.mungkin beliau diam kna tidak dapat arahn drpd pihak atasn…

    dan skarang…sy hilang punca… sy hampir putus asa mncari lagi..dlm keadaan sy yg sudah semakin punya nama, byk yg mahu bkwn dgn sy..ada yg meluah mslh dan byk lagi..sy nampak…ini merupakan satu peluang utk dkwh… sy mahu membawa mereka kpd islam dan tarbiyh tp sayang..sy pun tidak diisi dgn tarbiyh…

    entahlah… saya sebenarnya sudh hmpir putus asa untuk mencari…

    pernah juga tdetik dlm hati… apabila ditanya TUHAN ttg apa usaha saya..sy akan heret bersama sang murabbi yg mengakui org besar ini tetapi susah hendak merendahkn diri membawa saya..

    maaf slh silap..

    • N says:

      Salam wrb..

      saya faham perasaan tu.. saya sendiri pernah mengalaminya.. tetapi mungkin kerana bersikap tdk berputus asa, ana masih keep on complaining and tell my murobbi tentang permasalahan ana.. murobbi perasan akan tingkah ana.. complaining and complaining kept on going sehinggakan one day terkena tazkirah, “eratkan hubungan dgn Allah, akan Allah eratkan hubungan kita dengan yg lain”

      sekadar ingin share.. alhamdulillah dari tazkirah itu.. ana dgn murobbi ada sesi curhat.. segala benteng roboh, segala persoalan teruraikan dan punca masalah sudah dapat dikesan.

      diharap dpt membantu.. jgn berputus asa dlm mencari.. Allah sdg tgk usaha kita.. percayalah..

      afwan.. segala kekurangan adalah dari diri ana sendiri.. ambil lah yang bermanfaat.. ad deen an nasihah

  2. zaimm86 says:

    adakah anta maksudkan kepada siapa? atau sbagai perli orang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s