Hero Afrika (penjelasan kepada artikel yang lepas)

Di Afrika –kalau pun bukan untuk umat sedunia umumnya- yang paling banyak jasanya pada bangsa berkulit gelap, tapi manis (hitam itu keunggulan. Nama saya Rayn…. bak iklan syampoo tu) ternyata bukanlah seperti yang sering-sering kita sangkakan. Anak-anak sering menyangka bahawa yang namanya hero itu harus mampu menangkis butir-butir peluru yang dimuntahkan kepadanya, atau terbang bebas di udara, atau mampu melihat ke dalam apa sahaja, tapi taqwa mencegahnya daripada melihat apa yang tidak sepatutnya, seperti yang dipunyai oleh Sang spentot merah bernama Superman. Atau, yang namanya perwira itu, paling kurang hendaklah seumpama Spiderman. Mampu bergayut dan memanjat ke mana saja. Segala beruk dan ungka pun jatuh kagum padanya. Biar pun kurus, kekuatannya bisa mengalahkan sesiapa sahaja. Paling tidak pun, biarlah para wirawan itu punya alat-alat dan perkakasan canggih seperti En. Batman. Harta dan kekayaannya khusus di”infaq”kan untuk itu: menjadi perwira, menyelamatkan umat manusia daripada kecelakaan.

Nah, itulah pemikiran tipikal kebanyakan daripada kita. Tetapi, ternyata, di Afrika, bukan mereka yang bangkit membela maruah dan harga diri para rakyatnya. Bukan mereka yang menghancurkan “aqidah apartheid” yang sekian lama bermaharajalela dalam benak orang-orang kulit putih dahulu kala. Dan bukan bantuan segala macam “super power” dan “gadjet canggih” yang menjadikan kemanusiaan akhirnya terbela. Tetapi, cukup seorang manusia biasa, bernama Nelson Mandela yang hadir dan membawa perubahan kepada masyarakatnya. Hingga, perubahan bukan sekadar terlihat pada perubahan tampuk kuasa di negaranya: para penduduk kulit hitam mula memegang tampuk pemerintahan seperti yang sepatutnya, tetapi, perubahan justeru menatijahkan pelbagai macam kejayaan. Yang paling gemilang, adalah penganjuran World Cup di bumi Afrika tentunya.

Saudaraku,

Lihatlah sendiri. Perubahan itu bukan dilakukan oleh seorang Superman, atau Batman, atau Spiderman. Tetapi, “man” yang melakukan perubahan itu hanyalah manusia biasa yang bernama “Man”dela. Ya, ia biasa pada fisiknya, tetapi semangat dan usahanya yang menjadikan karyanya bukan ko”man”-ko”man”. Maka, ketika kita merasa tidak pandai atau petah berbicara, tidak cukup ilmu, tidak cukup baik, dan segala, izinkanlah ketawadhukan yang ada dalam dirimu itu yang berbicara, tidak lagi mulutmu. Bukan lagi logikmu. Kerna yang membuahkan perubahan di dalam sejarah peradaban umat, justeru bukan orang hebat. Tetapi Sang Pencipta orang-orang hebat. Maka, pintalah pertolongan kepada Dia; Yang Maha Kuasa. Biarkan Dia menyempurnakan ketidak sempurnaan dirimu, asal kamu meyakini betapa hubungan yang erat dengan-Nya; disulam usaha berterusan penuh keikhlasan dalam membela agama-Nya, itulah yang mendorong pertolongan ALLAH turun pada-Mu.

Kau kuat, bukan kerana segala potensi milikmu. Kau kuat, tatkala ALLAH memperkuatkan dirimu. Kau mulia, bukan kerana segala kekayaan atau keturunan bangsawan yang mengelilingimu. Kau mulia, kalau ALLAH memilih untuk memuliakanmu. Kau bisa menjadi perwira, bukan kerana bakat perwira atau spentot merah milikmu. Kau jadi perwira, tatkala ALLAH memaqbulkan karya yang kau curah demi memenangkan agamamu.

Usahlah bersdih wahai sahabat, kerana kita tak perlukan seorang Superman, atau Batman, atau Spiderman, tetapi kegigihan dan keikhlasan, seperti Mandela, itulah yang kita semua perlukan.

-Ir Faridul Farhan Abd Wahab  “Tuhan, terimalah karya-karya amal ku..”

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Hero Afrika (penjelasan kepada artikel yang lepas)

  1. zaimm86 says:

    bagus sekali ,menggugah hati ana.

  2. zaimm86 says:

    bagaimanakah dakwah kita,,adakah sungguh kita mlksanakan dakwah..atau sbagai mlpaskan batuk di tangga…sbnarnya kmana arah tujuan dakwah kita…

    klau di lihat,, malaysia banyk skli jamaahnya,,sedainya rasa tk snang dngan jmaah A lompat jmaah B,,dan strusnya bgitu lah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s