Bangsa Best Yang Kemudian Terhina

“Hai Bani Israel, ingatlah akan nikmat-Ku yang telah Aku anugerahkan kepadamu dan (ingatlah pula) bahwasanya Aku telah melebihkan kamu atas segala umat”

(Surah al-Baqarah [2]:47)

Orang Melayu kita, kagum sangat-sangat dengan orang putih. Asal namanya orang Barat, berkulit putih, hidung mancung, dahi licin, mata biru kehijauan, maka dialah manusia paling perfect menurut perhitungan masyarakat kita. Tidak hairanlah, dek kerana kekaguman melampau orang kita pada bangsa penjajah ini, dibinalah British Malaysian Institute di Gombak, German Malaysia Institute di Bangi, Malaysian France Institute di Bangi, dan lain-lain yang sama waktu dengannya. Kita tidak dengar pula Bahau Malaysian Isntitute misalnya, atau Machang Malaysian Institute misalnya, dan sebagainya dan sebagainya. Kenapa? Kerana apa saja yang berbaur Barat, itulah yang betul, itulah yang paling best, itulah yang terbaik, menurut perkiraan kita. Hatta France yang awal-awal sudah tersingkir daripada World Cup pun, masih mahu kita idolakan menjadi Institute berbanding Ghana misalnya yang setidak-tidaknya layak ke suku akhir. Tak tau lah pulak kalau lepas ni ada Ghana Malaysian Institute pula.

Sahabatku,

Tahukah kamu bahawa Bani Israel dulu pun pernah memegang status elit seperti yang sedang dikecapi Barat kini. Hingga, kalau saja ada PBB sewaktu itu, nescaya Bani Israel adalah bangsa yang punya kuasa veto dan harus diikuti oleh bangsa-bangsa sedunia lainnya. “Faddaltukum ‘alal ‘alamin”  diutamakan/ dilebihkan bahkan ke atas seluruh alam, kata ALLAH di dalam al-Quran.

Tetapi, tiba-tiba, di dalam ayat yang lain, ALLAH gambarkan pula bahawa Bani Israel yang serba best ini, yang mungkin saja dizamannya, manusia teringin membina Bani Israel Malaysian Institute itu, kemudiannya diliputi oleh kehinaan (surah Ali Imran [3]:112). Kenapa? Mudahnya, kerana mereka menjadi bangsa yang mengarut. Maka, ketika Bani Israel mula mengarut –tidak menjaga hubungan vertical iaitu dengan ALLAH, dan horizontal sesama manusia- maka apa layaknya mereka diutamakan dan dilebihkan berbanding bangsa-bangsa yang lain?

Sebegitu jugalah dengan orang-orang putih. Ketika mereka mendewa-dewakan sotong, orang-orang Thai bahkan menjadikan sotong sebagai bahan makanan di dalam tom yam. Maka, orang-orang Thai ternyata lebih advance lagi bijak berbanding orang putih yang sangat kita kagumi itu (mungkin lepas ni ada Siam Malaysian Institute kot?) Dengan kebodohan tahap maksimum ini, masih relakah kita dihinakan –atau tepatnya menghinakan diri kita sendiri- oleh bangsa-bangsa yang sering anti terhadap Islam ini (lihat sikap Perancis terhadap Islam)?

Setahyul-tahyul Melayu, setidak-tidaknya ia percaya “wahyu” masih turun kepada manusia;- Ayah Pin, Rasul Kahar, dan sebagainya. Setahyul-tahyul Barat, ternyata kebangangan mereka teramat, ketika percaya Paul Sang Sotong seakan boleh menerima wahyu. Huh.. dan berita Negara kita pun boleh turut sama mempromosikan kebanganan Barat ini!

Semoga dengan kebodohan Barat yang terkini ini, kita kembali sedar bahawa kemuliaan sesuatu bangsa, adalah ketika “ainama tsuqifu illa bihablim minaLLAH wa hablim minan nas” (Surah 3:112). Dan semoga gerai-gerai tom yam sedia ada tidak akan gulung tikar, dek kerana tidak berani lagi menjadikan tom yam sajian makanan mereka, hanya kerana percayakan tahyulan si Paul. Semoga.

Atau, mungkin harga makanan di gerai, kita bagi sotong yang tentukan? Kah, kah…

Ir. Faridul Farhan Abd Wahab  “kemuliaan itu apabila dimuliakan oleh ALLAH [17:70)”

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

5 Responses to Bangsa Best Yang Kemudian Terhina

  1. Ammar Roslizar says:

    dan jugak, bangsa TERbest ialah bangsa dakwah (3:110)
    🙂

  2. adete says:

    slm,
    pergh… entry qawiy & mmg thorbaekk..! =)

    yg membaca sambil tersengih3 di ofis.. whoa huhu..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s