Faqidus Syai La Yu’ti

Ketika akhi Umairzulkefli memetik kata-kata al-fadhil ustaz Abu Muhammad tentang kisah seorang al-akh yang hadir ke suatu program mukhayyam, sungguh, kisah itu masih utuh di ingatanku. Dan sungguh, terkadang kisah itu turut saya lagukan dalam halaqah-halaqah, daurah-daurah mahu pun liqa’ pertemuan.

Kisahnya begini;

 “Ana berharap anak ana tidak lahir dalam 2-3 hari ini.” tiba-tiba seorang ikhwah bersuara.

“Hah, kenapa pula akhi?” Abu Muhammad dan ikhwah-ikhwah lain yang mendengarnya merasa pelik.

“Begini, ana punya 3 orang anak. Semuanya lahir ketika ana sedang menghadiri mukhoyyam. Kalau lahir yang ini juga, maka semua keempat-empat orang anak ana jadi anak mukhoyyam!”

Lalu kata-katanya itu disambut derai tawa oleh para ikhwah.

“Ibu dan bapa mertua ana betul-betul tidak puas hati dengan tindakan ana. Yalah, tiada di saat isteri melahirkan. Tetapi apa yang boleh dilakukan, kita ada urusan dakwah.”

“Insya-Allah, semoga diberikan keadaan yang terbaik akhi.”

“Amiin..” Mereka semua mengaminkan.

(rujuk http://umairzulkefli.blogspot.com/2010/07/perkongsian-jangan-double-standard.html)

Nah, begitulah awalnya kisah kami. Dulu, di awal tarbiyah dulu, kami senantiasa dihidangkan dengan kisah perjuangan. Dihidangkan dengan kisah pengorbanan. Dihiburkan dengan kisah kesungguhan. Kisah-kisah assabiqun al-awwalun gerakan tarbiyah di Indonesia –yang kemudiannya bermetaforsis menjadi Partai Keadilan Sejahtera (PKS)- yang sungguh menggugah naluri dan semangat kami. Demi dakwah, mereka korbankan pengajian mereka. Ikhwah yang lulus ketika itu, seperti Pak Irwan Prayitno dan Pak Idris Luthfi (kedua-duanya kemudian menjadi Member of Parliment) pun lulus pas-pasan, masakan tidak, Pak Irwan sibuk berulang dari Jakarta ke Padang (pulau Sumatera) menguruskan tarbiyah di sana, sedang Pak Idris ke Medan (utara Sumatera) juga memfokuskan lahan baru dakwah di sana.

Seketika, kisah kehebatan para sahabat muncul di depan mata. Dilayarkan oleh manusia-manusia generasi baru, yang semangatnya, iltizamnya, kesungguhan dan pengorbanannya, menjadikan kisah agung para pahlawan Islam tidak sekadar dongengan indah semata-mata. Ya, kisah-kisah ini hadir di hadapan mata kami, lalu kami pun cuba menghadirkan kisah-kisah agung ini di dalam kehidupan kami.

Dan telefon pun berdenging-denging di pagi hari. Bukan dek laungan alarm yang telah di setkan dalam handphone kami, tetapi justeru miscall ikhwah-ikhwah yang menelefon kami dengan satu maksud: akhi, bangun, kita solat tahajud…

 

Sms dan pertemuan kami, tidak lagi sesempit bertanya khabar, sebaliknya, saling bertanya; Apa khabar imanmu hari ini?

Begitulah kami mengenali tarbiyah ini.

Seketika, kisah-kisah sebegitu mula luput daripada pendengaran kami. Daripada penglihatan kami. Daripada perbualan kami.

Mujur, ketika ukhti Muharikah memulakan kembali kisah “dongengan” yang telah merealisasi ini (rujuk http://muharikah.wordpress.com/2010/07/22/adakah-cerita-kita-tetap-sama/), kisah-kisah sebegini kembali terpacul sedikit demi sedikit.

Ada kisah UQY yang menginfakkan seluruh hayatnya demi dakwah ini. Ada kisah Dr. Abu Naufal yang langsung mengisi program, demikian habis on-call yang melelahkan. Atau, cuti tahunannya yang sulit diperolehi, digunakannya untuk berjaulah mengisi hak ikhwah dan hak dakwah, berbanding memenuhi kepuasan peribadi.

Ada juga kisah syeikh pen. s/u setiawangsa, yang sudi bercuti berhari-hari, bukan untuk menjadi pengisi mahu pun peserta program, tetapi sekadar menjadi pemandu. Ya, sekadar pemandu! Tetapi, tugas itu sudah kelihatan cukup mulia, asal ia punya saham di dalam dakwah ini, ketika ramai yang makin meminggir dan beralasan berjela-jeli!

Subhanallah, ALLAH kembali menampilkan generasi baru, yang merasakan hidupnya untuk ALLAH. Hidupnya untuk ummah. Hidupnya untuk dakwah! Mereka kembali melayarkan kisah-kisah kesungguhan dan pengorbanan, yang kemudiannya diwarisi dan dicontohi pula oleh para anak didik mereka. Ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi?

Oleh yang demikian, wahai saudaraku, dikala anak didikmu mula menjauh, sukar berkorban, dan kurang berkomited, semaklah dirimu dahulu, sudahkah kau contohkan pengorbanan dan kesungguhan ini kepada mereka, lantaran benarlah pepatah arab: faqidusy syai la yu’ti (orang yang tidak mempunyai, tak akan dapat memberi).

Nah, bisakah kita untuk terus memberi?

Ir. Faridul Farhan Abd Wahab  “ana rindu dengan zaman itu..”

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to Faqidus Syai La Yu’ti

  1. Pingback: Unconditionally « Tujuan Kita

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s