[emel]: Langkah-langkah menuju “percintaan”

Konon, Syed Qutb –sang tokoh, pemikir Islam dan penafsir fi zilal al-Quran (di bawah naungan al-quran) yang istimewa- di zaman mudanya, pernah jatuh hati pada seorang wanita di kampungnya. Malang, cinta Syed Qutb ini tidak berbalas. Lalu ia tinggal hampa, menangisi tetapi tidak meratapi kedukaan hatinya. Di kemudian harinya, sang wanita idaman kalbu tokoh gerakan Ikhwanul Muslimin ini mula mahu membalas cintanya. Gembira sang syeikh bukan kepalang, namun berakhir hampa, tatkala mengetahui bahawa sang wanita idaman hatinya, tidak lagi perawan hatinya. Kerana yang diinginkan oleh sang syaikh, bukan sekadar wanita yang perawan fizikalnya, tetapi perawan juga hatinya.

 

Barangkali inilah hikmahnya, oleh baginda Nabi SAW, disuruhnya kita menikahi anak dara. Agar “keperawanan hatinya”, membolehkan kita hadir sebagai “putera raja” yang selama ini diimpikannya. Kitalah cintanya yang pertama, kita jugalah cintanya yang terakhir. Tidak ada comparison antara kita suaminya, dengan kekasih hati silamnya yang lain. Tidak jadilah seperti yang berlaku di Barat, yang mana sang wanita membeza-bezakan performance kita, dengan lelaki-lelaki lainnya, yang pernah meratah enak batang tubuhnya. Keperawanan hati, inilah maksudnya.

“Hendaklah kamu mengahwini anak dara. Ini kerana mereka lebih baik perkataannya, lebih subur rahimnya dan lebih redha dengan yang sedikit”.

(HR Ibnu Majah, sanadnya Hasan)

 

Kata Jabir: Ayahku mati, meninggalkan tujuh atau sembilan anak perempuan (periwayat kurang pasti). Aku mengahwini seorang wanita janda. RasululLah S.A.W telah bertanya kepadaku: “Engkau telah kahwin wahai Jabir ?” . Jawabku : Ya !. Baginda bertanya : “Anak dara atau janda?”. Jawabku : “Janda”. Sabda baginda: “Mengapa tidak anak dara, engkau bermain dengannya, dia bermain denganmu, engkau menjadikan dia ketawa dan dia menjadikanmu ketawa. Aku kata kepada baginda: “Sesungguhnya `Abd Allah telah mati dan meninggalkan anak perempuan. Aku tidak suka aku mendatangkan kepada mereka orang yang seperti mereka, maka aku pun kahwin dengan seorang wanita yang dapat mengatur dan menguruskan mereka” Baginda bersabda : “Semoga Allah memberkatimu” atau baginda menyebut sesuatu yang baik.

(HR Bukhari dan Muslim) 

 

Saudaraku,

Sering, barang-barang precious milik kita, tidak akan kita serahkan kepada orang lain selagi kita sendiri yang “merasmikannya.” Kereta baru, biarlah kita puas memakainya, barulah kita izinkan diguna pakai oleh orang lain, misalnya. Atau, langsung tidak diberi pinjam pada orang, lantaran betapa precious-nya ia kepada kita. Atau handset baru, izinkan aku membelek-belek dan merasakan “aura kepuasannya” dahulu, sebelum dikau ku benarkan untuk melihat dan membeleknya. Itulah perasaan common kebanyakan daripada kita.

Nah, dalam soal wanita, kenapa kau mahu izinkan wanita yang bakal kau nikahi itu, pernah “dimenangi” hatinya sebelum dirimu? Nah, benarkah kau sanggup hidup dalam sebuah comparison antara dirimu dan kekasih lamanya, baik dalam soal romantika, baik dalam soal kehenseman, baik dalam soal sifat caring, bilangan semut yang tidak mati dipijaknya, sama ada hal itu ia rahsiakan atau kongsikan bersamamu? Dan kalau kau tidak sanggup, mengapa pula kau mahu cemarkan “keperawanan hati” insan yang mungkin dikemudian hari, bahkan tidak menjadi milikmu? Kau sudah pernah bertakhta di hatinya, sebelum lelaki bernama suaminya “merasmikan” cinta hatinya?

Kerana itu wahai saudaraku, marilah kita betulkan sistem percintaan kita, bahawa tiada yang namanya cinta, melainkan dalam perkahwinan.

“Pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik. Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi Al Kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu halal pula bagi mereka. (Dan dihalalkan mengawini) wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara wanita-wanita yang beriman dan wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberi Al Kitab sebelum kamu, bila kamu telah membayar maskawin mereka dengan maksud menikahinya, tidak dengan maksud berzina dan tidak (pula) menjadikannya gundik-gundik. Barang siapa yang kafir sesudah beriman (tidak menerima hukum-hukum Islam) maka hapuslah amalannya dan ia di hari akhirat termasuk orang-orang merugi.”

(Surah al-Maidah [5]:5)

 

Perkataan “akhdan” inilah –menurut Fatwa Islam Online- yang dimaksudkan sebagai “couple”, “boyfriend-girlfriend”, atau, dalam bahsa Jermannya, “gewe” (haha..acah je..). Ertinya, memang Islam telah melarang sejak awal wanita itu sekadar dijadikan “akhdan” oleh kita, melainkan telah ditanamkan hasrat sejak awal untuk memperisterikannya. Dan hasrat untuk menjadikan wanita itu isteri, hanya bisa dipercayai, kalau memang sudah ada persediaan ke arahnya. Maka, tempoh percintaan yang panjang seperti 5 ke 6 ke 7 atau 10 tahun untuk bernikah, adalah sebuah dusta percintaan yang nyata. Pernikahan inilah yang menjadi absorber yang menahan vibration gejolak jiwa manusia.

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.”

(Surah ar-Rum [3]:21)

Dan persediaan untuk bernikah inilah, di outline kan step by stepnya seperti berikut:-

1)      Lobi mak ayah

Inilah seharusnya first step kepada mahu nikah. Bahkan, sebelum dikau berjumpa “wanita idamanmu” pun, harus sudah melobi dan beroleh keizinan ibubapa dahulu. Kenapa? Kerana tanpa keizinan ibubapa, kau tidak akan bisa menikahi sang wanita idaman kalbumu itu. Lalu berpanjanganlah “cinta terlarang”mu, yang kemudiannya bahkan berkonsiwensi kau berubah hati, lalu tinggallah wanita itu yang tidak lagi perawan hatinya, untuk dinikahi lelaki yang lain. Maka, dapatkanlah izin daripada ibubapa mu siap-siap, agar percintaan mu itu dilayari di alam rumah tangga sejak awal. Sejak awal.

Melobilah sejak sekarang, kerana biar pun kau belum punya calon, apa yang menjadikanmu berfikir kau tak akan jatuh cinta pandang pertama, demi melihat pesona kejelitaan sang wanita? Kalau ini berlaku, dan izin ibubapamu belum kau beroleh, maka episode percintaan berjela-jela pun turut berlaku kepada dirimu.

2)      Belanjawan Rumah Tangga

Persiapan berumah tangga, sebenarnya harus mematangkan pemikiran kita. Jangan kau fikir bahawa asal kahwin muda demi agama, segala urusan hidup dan rezekimu selesai begitu sahaja. Kita masih ada sunnatullah yang melengkapi syariatullah. Apa yang kau lakukan itu (bercinta dalam alam perkahwinan, yang natijahnya kahwin muda) baru melengkapi syariatullah, tetapi perbelanjaan harianmu harus memenuhi sunnatullah. Sedang Musa A.S yang memang ingin diselamatkan oleh ALLAH daripada Fir’aun lewat sebuah keajaiban, tetapi disuruh berusaha dengan memukulkan tongkatnya ke laut untuk menjadikan laut terbelah, sedang Maryam yang sedang sarat tetap disuruh menggoyangkan pohon sebagai ikhtiar untuk miracle kurma gugur di luar musimnya, apa yang membuatmu memahami janji ALLAH dalam surah an-Nur betapa ALLAH akan mengkayakan sang fakit yang bernikah itu, tanpa melalui sebarang usaha? Sedang persatuan, bahkan Negara pun menyiapkan bajet atau belanjawan tahunannya, kenapa kau tak persiapkan diri dengan “belanjawan keluarga”, sejak dinihari kini? Berapa sewa rumah, apa makanan harian kita. Apa kerja part time buat menampung keluarga. Bersediakah kita punya anak sekarang, dan sebagainya, inilah persiapan yang menjadikan kita matang dan memang bersedia menjadi pemimpin keluarga.

“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita..”

(Surah an-Nisa’ [4]:34)

3)      Barulah mencari calon

Joinlah halaqah/ usrah, nanti murabbi mu akan menguruskan. Tapi ingat, jangan asyik berangkan wanita “pakej lengkap”. Kau akan bosan sekadar dengan kecantikan zahiriyah. Punyalah cun si Cheryl Cole, tetap saja Ashley Cole sang pemain pertahanan Chelsea curang padanya. Punyalah anggun Jennifer Aniston, tetap saja Brad Pitt menceraikannya. Sedang makanan kesukaan kita pun kita akan bosan kalau dimakan day in-day out. Hari ni nasi byiani waktu pagi, tengah hari, malam, esok pun menu sama, lusa pun, tulat pun. Sungguhpun briyani adalah makanan kesukaan mu, benarkah kau tidak akan muak menikmatinya selalu?

Begitulah juga kecantikan. Kecantikan ana pudar dengan beredarnya masa. Baik kecantikan itu sendiri pudar dek kerut-kedut wajahmu yang dimamah usia, mahupun pesona kecantikan yang semakin membosankan di hati sang jejaka. Maka, hanya bekal kecantikan dalaman, “inner soul beauty” yang menjadikanmu jatuh cinta hari-hari. Dan “inner soul beauty” inilah, kecantikan agamanya.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”

(HR Bukhari & Muslim)

4)      Taaruf

Ya, barulah “tak kenal, maka tak cinta”. Tapu, kenalilah inner soul beautynya wahai saudaraku!

5)      Nikah – segerakan ya akhi! Mudah dan murahkan walimahmu.

 

Moga membantu. Wassalam

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

19 Responses to [emel]: Langkah-langkah menuju “percintaan”

  1. sadis berkata:

    mohon copy.

  2. Hussaini berkata:

    Saya mahu!!!
    Akhi, doakanlah ana yep…!

  3. Amir berkata:

    Ish Hussaini. Awat semangat sangat? Desperate housewife ke… =P

  4. nisa berkata:

    gaya bahasa yg sempoi je…bestla baca..:)…i lyke…

  5. azlanshah berkata:

    Masyallah,Artikel terbaik yang pernah saya baca dalam genre ini 😉

  6. Azrin Al-Fateh berkata:

    Insya Allah… akhi husaini…. nanti kalu nak buat kenduri nikah jgn lupa ana ye…
    Alhamdulillah ana dah…hehehe

  7. zahidzuhri berkata:

    nak follow hussaini jugak boleh? haha… :p

  8. dudi berkata:

    ironi nya, isteri pertama Rasulullah SAW, yang paling dicintai nya, ibu kepada zuriat-zuriat nya, selama isterinya ini hidup, baginda tidak pernah berkahwin lain, adalah seorang janda.

    letakkan sesuatu pada tempatnya, lihat pada iman nya, adab nya, dan ciri-ciri yang empat, dan bukan hanya melihat pada “status” nya.

    wallahualam.

  9. amin berkata:

    salam

    ustaz faridul..
    info yg bermakna

    izinkan ana mengcopy nya dalam blog ana

    syukrAN

  10. Abe Am berkata:

    Salam…
    Lama tak jumpa, ustaz…
    ^^

    Er, jap…
    Bak kata orang German, gewe?
    Hehe…
    Ana rasa orang Newcastle, Kelantan pun guna istilah tu…
    Hehe…
    ^^

  11. jai berkata:

    Salam,

    lain entry kali ni tuan..

    • faridul berkata:

      entry yang tertulis [email] biasanya adalah untuk memenuhi permintaan orang Jai. Kebetulan, permintaan kali ini adalah nak tahu step-step menuju ke ambang perkahwinan, agar dapat digunakan terhadap orang-orang yang bercouple.

      Sebab itu, tentunya tak kena kalau nak royak kat orang bercouple “bernikahlah dengan janda, kerana Khadijah merupakan janda” dan sebagainya, iye kan? Juga hadith nabi SAW kepada Jabir pun menjadi panduan kita. Salahkah Jabir menikah dengan janda? Tidak salah, bahkan memang patut coz Jabir perlukan orang untuk menjaga adik kecilnya. Salahkah Rasulullah SAW kerana bertanya, awat hang tak nikah dengan anak dara? Tidak salah, kerana secara “asasnya”, sebaiknya gitu.

      Maka atas asas itulah, entry ini (yang sebenarnya email saya kepada sang penanya) ditulis. Gitu Jai….

  12. shinichi kudo berkata:

    Salam alayk~

    dah lama baca blog ustaz. baru malam ni terdetik nak comment.
    sebab tertarik dgn perkataan gewe dalam german kot?
    hehe, org german gune istilah Freundin (sebut froindin)

    best baca blog ustaz, dapat recharge balik. jzkk 🙂

Tinggalkan Jawapan kepada faridul Batal balasan