ATTACKING (Final Champions League 1998/99) – edisi kemas kini

ATTACKING

 

26 Mei 1999. Ribuan manusia yang membanjiri Stadium Nou Camp –sebuah stadium besar berkapasiti 100,000 tempat duduk, di tengah-tengah kota Barcelona- sudah mula berputus harap. Kelihatan air mata bergelinang di wajah sebahagian. Ratapan kekecewaan pada sebahagian. Dan wajah pilu lagi muram pada sebahagian yang lain. Para wartawan sudah pun mula menaip-naip berita untuk hari esok, biar pun wisel keramat sang pengadil Itali masih belum dibunyikan.

Hakikatnya, segalanya sudah tamat. 90 minit masa permainan sudah berlalu, dan pasukan pujaan jutaan manusia, Manchester United sedang ketinggalan 1-0 kepada Bayern Munich, terima kasih kepada gol jaringan Mario Basler. Mungkin seluruh dunia sudah mula menerima hakikat, betapa Manchester United harus berputih mata sekali lagi pada kejohanan Piala Juara-Juara Eropah musim ini. Dan mungkin juga seluruh dunia sudah mula membayangkan perayaan besar-besar pasukan jagoan Negara Jerman ini.

Dengan masuknya permainan ke masa kecederaan, pasukan MU tiba-tiba beroleh corner kick. Seluruh pemain pasukan MU sudah naik ke atas, berkampung di kawasan gol Bayern, yang dikawal ketat oleh Oliver Kahn (tiada kena-mengena baik dengan Salman Khan, baik dengan Shah Rukh Khan, baik dengan Yasmin Khanif). Ini termasuklah penjaga golnya heroiknya, Peter Schmeichel, yang kelihatannya sudah tidak mempedulikan gawangnya sendiri.

Tiba-tiba, semua manusia tersentap. Bola sepakan David Beckham, melangkaui sang penjaga gawang Peter Schmeichel, untuk dihantar kembali ke “perkampungan manusia” oleh Dwight York, dan gagal di keluarkan kemas oleh Thorsten Fink. Namun, Ryan Giggs hanya mampu menyepak lemah bola itu. Tetapi, bak firman ALLAH di dalam al-Quran; “boleh jadi hal yang kamu tidak suka, hal itulah yang terbaik untukmu.” (al-Baqarah [2]:216) , lemah tak lemahnya sepakan Ryan Giggs itu, sudah cukup untuk Teddy Sheringham memasukkan bola ke penjuru bawah gawang Bayern.

Seluruh dunia terkejut! Begitulah, barangkali mereka terlupa akan pesan nabi SAW, agar kita hendaknya selalu mempunyai harapan. Yang dengan harapan itu, biar pun esok kiamat, sedang di tangan kita ada biji benih, “tanam!” kata Nabi SAW seperti yang dikutip oleh Muhammad al-Ghazali di dalam buku Hadith-hadith Pilihan-nya. Serta-merta, ada sinar baru berputik di mata semua.

Belum pun sempat wisel ditiupkan, satu lagi corner kick diperoleh oleh Manchester. Dan seperti ulangan gol pertama, kali ini Ole Gunnar Solskjaer, juga pemain gantian, mencipta suatu keajaiban dan kejutan, sekaligus melakarkan namanya dalam pahatan sejarah dengan penuh keharuman.

Kejutan? Sudahkah kau lupa dengan pesan Nabi Ya’kub? “Janganlah kamu berputus asa daripada mengharap rahmat ALLAH. Sesungguhnya tidak berputus asa daripada mengharap rahmat ALLAH melainkan orang-orang Kafir.” (Yusuf [12]:87)

 

Sahabatku,

Untuk menyerang, tidaklah bermakna hanya pemain posisi penyerang yang harus melaksanakannya. Seperti naiknya seluruh pemain MU, hatta Peter Schmeichel, untuk membantu strategi menyerang pasukannya, sesuai dengan keperluan, maka sebegitu jugalah kita. Ketika para asatiz (ustaz-ustaz) sudah tidak cukup tenaga untuk “menyerang” kejahilan, bagi menerobos hati-hati manusia dengan cahaya kebenaran, tidak pantaskah kita, para engineer, para doctor, para guru, para jururawat dan sebagainya, turut sama membantu taktik “menyerang” ini? Tidak pantaskah kita turut berperanan, demi memastikan piala kemuliaan, berada di pihak pasukan kebenaran?

Ingat, pasukan MU pada hari itu, berjaya mengungguli pentas eropah, sekaligus mencipta sejarahnya yang tersendiri (Treble Winners) terima kasih kepada pemain gantian. Iya, pemain gantian. Maka masih adakah “pemain” yang tidak penting dalam perjuangan ini?

Dan kita, wahai “pemain di atas padang”, adakah selamanya kita harus bermain dengan taktik bertahan? Apakah semua kondisi menyerang bakal mengundang malapetaka kepada perjuangan? Lihatlah bagaimana hikmahnya para Muslimin US, tatkala para konspirator menjadikan tragedy 9/11 sebagai medan untuk mereka (orang Islam) bertahan, ternyata keadaan mengizinkan startegi perjuangan berlainan. ALLAH izinkan “hal yang tidak baik” itu, justeru menjadi advantage buat orang beriman, hingga mereka beroleh kesempatan untuk bertukar taktik kepada “menyerang”, sekaligus makin ramai yang mengenali islam, sekaligus makin berkurangnya Islamphobia dalam masyarakat di sana. Bahkan, seperti indahnya jaringan kemenangan Sheringham dan Solskjaer, Islam berjaya juga menjaringkan “gol” hidayah ke relung-relung hati masyrakat di sana, hinggakan Islam kemudiannya menjadi the fastest growing religion in the west. Syaratnya, strategi kita. Syaratnya, kerja keras kita. Syaratnya keterlibatan kita. Syaratnya kesungguhan dan ketidak putus asaan kita.

Maka biarpun kita menjadi “pemain simpanan”, kita tetap bisa menyumbang untuk membawa pulang “piala kemenangan.” Dan sungguh, Islam akan pasti menang. Sooner, or later.

 

  • Saya, isteri (Nur Hanani Makhtar) dan anak-anak (Nashrul Farhan & Fathul Farhan) mengucapkan Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin buat semua.

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

7 Responses to ATTACKING (Final Champions League 1998/99) – edisi kemas kini

  1. Salam, apa maksud ‘pemain simpanan’ ye ?
    ana tak faham. Jzkk.

  2. salam,

    adakah seperti ini membenarkan untuk menjadi substitute player je? bukankah digalakkan menjadi starting XI??

    ~ hendak tahu ~

  3. faridul says:

    maksudnya ialah, walaupun kita “pemain simpanan”, tidak bererti kita tidak boleh menyumbang. Buktinya, Ole Gunnar Solskjaer dan Teddy Sheringham kedua-duanya memulakan permainan di bangku simpanan. tetapi, kedua-duanyalah yang menjadi wira dan menjaringkan gol untuk Man U.

    dalam dunia dakwah, terkadang kita melihat diri kita seakan “pemain simpanan”, yang tak penting, yang tak berperanan. Tapi, andainya kita sedar bahawa “pemain simpanan”lah yang membantu kemenangan dalam kes final Champions league di atas, kita akan tetap beramal, berkarya, berjuang, biar tidak dikenali dan sebagainya. Ertinya, bukan hanya pimpinan atau orang yang di atas yang perlu berjuang.

    Hatta penjaga gol turut sama menyerang, iya kan?

    Starting IX mungkin tak faham kot?? Sebab seruan tadi lebih tertuju kepada “pemain simpanan”, juga pemain di posisi selain penyerang agar kalau dah nak guna “attacking” stail, semua kena menyerang, bukan “striker je”.

    maaf kalau salah faham.

  4. Benz88 says:

    Saya percaya setiap pemain simpanan ingin menjadi pemain utama atau “starting eleven”, jadi mereka mesti berusaha keras untuk mengangkat nama mereka dipersada dunia bola sepak.. dan saya perdaya Solskjear dan Sheringham juga begitu.. pemain simpanan tidak akan mahu selamanya menjadi pemain simpanan..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s