Samba Brazil

Di dalam dunia bola sepak, mind set yang dipunya oleh pengurus pasukan serta barisan pemainnya, agak berbeza dengan peminat dan penyokong yang menonton sesebuah perlawanan bola sepak. Kita, barisan penyokong, menghargai sebuah persembahan menarik daripada pasukan yang kita sokong. Kita sering mem”boo” pasukan sendiri begitu mereka bermain buruk, atau mengkritik dan menghina pemain-pemain yang tidak cemerlang, dek kerana kita lebih tertarik dengan permainan ala Cristiano Ronaldo, atau Ronaldinho, atau Rivaldo, atau Robinho, tetapi, yang dipamerkan di atas padang justeru sebuah aksi yang membuat kita rasa nak tertido.

Berbeza dengan pengurus pasukan. Yang paling penting pada dia, ialah keputusan perlawanan. Biar betapa hambar pasukannya bermain, biar seberapa buruk atau gol “nasib baik” yang berjaya dijaring, biar betapa lambat gol kemenangan diperoleh, asal ia pulang dengan sebuah kemenangan, itu sudah cukup memberikan senyuman tanda keriangan. Ertinya, yang penting pada kaca mata pasukan adalah ahdaf yakni tujuan perlawanan, iaitu memperoleh kemenangan, bukan mempamerkan permainan menghiburkan. Biarlah strategi “samba” hancur menjadi “sambal”, asal kemenangan yang dikau peroleh, itulah yang paling penting di akhir perlawanan.

Sebegitulah juga dengan harakah islamiyah.  Tarbiyah, tatkala kita kembalikan kepada ahdaf (tujuan)nya yang asasi, ialah agar terbentuknya kader dek sebuah orientasi pembinaan (takwin). Atau, dalam istilah lainnya, harakah islamiyah yang berteraskan tarbiyah, sifatnya senantiasa takwin centric, iaitu menitik beratkan kualiti dalam aktiviti-aktiviti yang ia jalankan. Ia mungkin membuat program umum yang, dalam istilahnya Hassan al-Banna, berada pada marhalah ta’rif. Tetapi, program umum itu tetap bersifat amaliyatut tajnid, iaitu terorientasi kepada pembinaan dan pembentukan kader. Hingga, biar pun program-program yang ia jalankan mungkin tidak gempak, tidak glamer, dan tidak kelihatan gah pada zahirnya, tetapi keputusan akhir yang ia peroleh, iaitu penambahan kader yang sama-sama dapat menggerakkan dakwah, itulah yang memenuhi tujuan asal ia turun ke medan juang.

Malangnya, ramai aktivis dakwah dewasa ini, lupa bahawa mereka adalah “pemain” dalam perlawanan ini, lalu bersikap seperti lagaknya seorang “penonton”. Yang mereka titipkan dalam perjuangan, lebih kepada permainan “menghiburkan”. Lalu disusunlah oleh mereka senarai program yang, bila dituliskan di atas kertas, kelihatannya segak dan menggemparkan, sedang hasil akhir (end result) yang bisa diraih, tidak menyumbang kepada peningkatan kualiti seperti yang diharapkan.

Apa guna permainan samba ala Brazil, jika piala dunia menjadi milik pasukan Sepanyol?. Apa guna barisan bintang yang dipunya oleh Manchester City, andai Liga tetap dimenangi oleh pasukan Chelsea? Apa guna nama segah Liverpool, andai tewas memalukan di tangan pasukan divisyen 2 seperti Northampton.

Marilah kita kembali kepada akar permasalahan. Iaitu aktivisma tarbiyah berdasarkan ahdaf (tujuan), bukan aktiviti tarbiyah berdasarkan kemegahan. Mungkin lewat hasil yang dinantikan, tetapi kemanangan tetap mucul seperti yang dijanjikan. Syaratnya satu: sabar! Maka sabaralah kamu seperti sabarnya pasukan Manchester United tahun 1999, yang berkat kesabaran itu, beroleh kemenangan hasil gol pada masa tambahan. Iya, kemenangan terhasil, di masa tambahan!

Advertisements

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Samba Brazil

  1. kahfi8 says:

    Salaam,

    wah, ulasan bola sepak dalam dakwah lagi! Kalau artikel ade tag atau label, setkan sebagai bolasepakberfikrah (contoh). Nanti mudah kalau ikhwah/daie/pembaca yang minat bola tu nak cari artikel yang hampir same macam ni..

    • faridul says:

      wassalam
      sebenarnya ana pun tak berapa reti sangat uruskan wordpress ni. layout, link, etc. blog ni pun zaujah ana yang buat. ana just send artikel aje.

      insyaAllah, kalau ada masa, ana explore lagi wordpress ni. plan ana nak klasifikasikan artikel untuk sasaran pembaca, misalnya 00 untuk tontonan umum, 01 untuk mereka yang bersemangat Islam, 02 untuk mereka yang ikut serta dalam tarbiyah (usrah, halaqah, etc), 03 untuk penggerak dakwah, etc.

      jazakallah khairan akhi atas cadangannya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s