Assalamu’alaikum

Saya rasa, server yang saya gunakan, baik di rumah mahu pun di ofis, yang sebenarnya menimbulkan masalah kepada saya. Saya sudah cuba “rujuk” kembali dengan blogspot, bahkan dah pun menghasilkan blog baru, cuma, ternyata masalah nak log in, nak post, dan sebagainya masih lagi menghantui “hubungan” saya dengan blogspot.

Maka, saya ada idea “mengada-ngada”. Agak-agak ada tak di kalangan mereka yang membaca blog saya ini, awak, awak-awaklah… yang berminat nak menjadi moderator blog saya ini? Saya akan berikan anda log-in id dan password saya. Saya akan emailkan ke anda artikel saya. Anda boleh meng-updatekan artikel saya ini selain boleh menentukan “appearance” blog ini menurut selera anda.

Alhamdulillah, target saya untuk menghasilkan artikel minima sekali sebulan tercapai. Kerana ada yang memberi komen dan sebagainya, saya menukar target kepada minima 1 artikel dalam tempoh 2 minggu. Alhamdulillah, saya berjaya “proaktif” dalam target itu dengan menghasilkan artikel baru secara mingguan. Syukur…

Saya masih ingat, ketika saya mula bekerja dan memilih melibatkan diri dalam dakwah bil qalam, saya akan ke pekan mencari cyber cafe untuk saya jayakan misi menghantarkan tazkirah menggunakan email -ketika itu, hotmail. Alangkah tersiksanya saya ketika itu, kerana terkadang sejam atau 2 jam duduk c.c., still tak dapat nak log-in ke email. maka sia-sialah kunjungan saya ke c.c. pada hari itu. atau, dapat log-in ke hotmail, dah siap taip artikel, kemudian bila nak send ke kawan-kawan, internet “hang”. Hahaha….sia-sia meluangkan masa menunggu log-in ke email, menaip artikel, apabila akhirnya tak tercapai gak… namun, di sebalik semua kesukaran dan kesulitan itu, alhamdulillah, saya dapat istiqamah. alhamdulillah ya Allah…

Namun, untuk berhadapan dengan situasi sebegitu sekali lagi… hahaha…tak sanggup. Maka kerana itulah saya memikirkan alternatif dan kaedah dakwah lain yang boleh saya ceburi. Namun, untuk sementara, nampaknya menulis artikel masih menjadi pilihan. cuma nak kena fikirkan kaedah yang paling efisyen untuk menjayakannya.

so, camane…. ada yang berminat?

Advertisements

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

3 Responses to

  1. k says:

    Assalamualaikum, ustaz.
    Saya menghadapi masalah yang sama dgn blogspot. Paragraf jadi rapat2 dan kena edit kat html setiap kali. Sekarang ni saya baru install windows live dan boleh tulis blog directly melalui ‘myblog’ dalam windows dan tak perlu lagi log in ke website blogspot utk hantar entri. Dalam ‘myblog’ windows live tu lebih senang dan tak ada apa-apa masalah html. Dah siap tulis, tekan publish dan akan terus update pada blog kita. Gambar dan video pun akan fit elok dalam blog. Mungkin ustaz boleh cuba.

    Harap ustaz dapat terus menulis.

  2. helmi says:

    Salam.
    kalu belum ada yg offer diri, saya offer untuk tolong postingkan artikel saudara. Tapi
    hanya setakat posting artikel dengan editing format sahaja lah yang mampu. Bab design blog saya tak reti sangat. dan saya hanya boleh akses internet di pejabat sahaja, tiada internet di rumah.
    Satu lagi cadangan saya ialah saudara boleh cuba posting ke blog melalui email. Kalau blogspot memang ada kemudahan tu tapi wordpress saya tak pasti ada tak.
    harap maklum.

    • faridul says:

      wassalamualaikum
      wah Helmi, saya baru tau tu. rasanya tu la yang terbaik, post artikel lewat email. erm… camane yer caranya? kalau betul-betul boleh, saya straight away pindah ke blogspot lah. guna add farhan-albanna.blogspot.com.
      jazakallah khairan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s