Selamat membaca

Assalamualaikum wbt

Kepada pembaca setia blog faridul.wordpress.com, ana kini sudah beroperasi di blog baru iaitu http://farhan-albanna.blogspot.com/. Sila layari blog tersebut untuk membaca artikel-artikel ana yang terkini. Sekian, jazakallah khairan katsira.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Welcome farhan-albanna.blogspot.com

Assalamu’alaikum

Hasil informasi saudara Helmi (jazakallah khairan kepada beliau), alhamdulillah saya dapat mengupdate blogspot hanya dengan menggunakan email. walaupun gambar tak keluar, saya kira ini adalah cari paling mudah untuk mengupdate blog. maka dengan ini saya akan berpindah ke farhan-albanna.blogspot.com.

nota:- blog tu still under construction lagi.

Posted in Uncategorized | 6 Komen

Kereta

“Memang tak boleh blah…” begitu kata kawan saya setelah beliau mematahkan “handle” pintu kereta saya, begitu kami dalam perjalanan pulang daripada Batu Pahat. Oleh kerana handle pintu sudah patah, maka tidaklah dapat pintu itu dibuka (ceh… ni kira macam system security alaf baru ni) melainkan ianya dibuka daripada dalam.

Maka, menjelang saya menghabiskan duit saya untuk membaiki handle pintu kereta saya itu, saya pun terpaksa melakukan adengan ala Mr. Bean, dengan membuka pintu daripada sebelah dalam, dengan terlebih dahulu masuk ke kereta melalui pintu passenger sebelah pemandu. Untuk menyedapkan lagi cerita, pintu belakang driver pun tidak dapat dibuka, satu kerana center locking kereta tidak berfungsi (bermakna saya biasanya terpaksa membuka lock pintu belakang secara manual melalui pintu driver), dan satu lagi kerana pintu belakang tu pun handle dia dah rosak!!

Haha…anda pening membaca cerita saya? Saya lebih pening dengan karenah kereta saya. Daripada 4 pintu, hanya 1 pintu sahaja yang belum saya ganti handlenya. Menakjubkan, bukan? Itu belum cerita lagi kerosakan-kerosakan “tak logik” dan “tak boleh blah” yang lain, yang hanya mampu dipamerkan oleh kereta yang “sejenis” dengan saya. Mungkin ini memang strategi syarikat pengeluar kereta saya, untuk kelihatan unik, mereka pun mencipta kereta yang mampu mengalami kerosakan yang tidak akan pernah (atau sukar) dialami oleh kereta buatan syarikat pengeluar lain. Mungkin strategi agar kereta mereka menjadi tambahan baru kepada the seven wonders of the world kot?

Saudaraku,

Yang lebih menghairankan saya, pernah keluar dalam Majalah 3, juga surat khabar, majalah dan sebagainya, betapa kereta-kereta keluaran syarikat pengeluar ini bagus, best dan sebagainya. Saya masih ingat laporan betapa kononnya di UK, kereta-kereta keluaran syarikat ini merupakan pemenang kategori kereta yang pelanggan paling berpuas hati dengannya. Kereta-kereta mereka, kononnya hebat dari segi itu dan ini. Kereta-kereta mereka, kononnya dinosaur pijak pun tak mati. Model baru pun keluar. Dan sebagainya, dan sebagainya. Sampai-sampai orang Timur Tengah pun terpukau (atau tepatnya; tertipu) dengan berbangga kerana syarikat ini merupakan pengeluar kereta islam sedunia!!

Begitulah, apalah ertinya syarikat itu mengeluarkan model baru itu dan ini, mengimport kereta ke sana ke mari, berbangga di media dengan cerita begitu dan begini, kalau hakikatnya kualiti kereta mereka cukup mengharu-birukan. Kalau handle pintu patah masih ajaib pada anda, sekurang-kurangnya cerita power window senantiasa rosak sudah tidak asing kedengaran? Hmm…tentu sekarang anda sudah boleh agak kereta jenis apa, bukan?

Nah, terkadang ketika kita mengejar kuantiti, glamer, “nama” dan sebagainya, kita pantas melupakan tentang hal kualiti. Lalu, terjadilah apa yang pepatah Melayu katakan; “yang dikejar tak dapat, yang dibawa berkeciciran.” Lihatlah bagaimana syarikat Toyota terpaksa menarik balik beribu-ribu kenderaan mereka di U.S. kerana masalah brek, masalah kualiti, lalu dari untung yang diimpi, justeru rugi yang didapati. Semuanya kerana satu: kualiti.

Dan kualiti, dalam konteks dakwah, dihasilkan melalui yang itu: tarbiyah! Takwin yang daqiq; yang teliti, yang bersungguh-sungguh, yang mantop. Kerana tanpa takwin, tiadalah kualiti. Dan tanpa kualiti, bilangan dan kuantiti yang dikau cari hasil program umum yang menggemparkan, kelak sekadar senilai buih-buih di lautan. Kau akan mengalami kekangan man power untuk melaksanakan, tiada siapa yang sudi untuk menjayakan. Dan arahan yang sifatnya sami’na wa atho’na (kami dengar dan kami taat) tidak lagi tersahut, kerana apa? Kerana tiada lagi ketaatan! Kenapa tiada ketaatan? Kerana kader yang sedia ada tidak berkualiti. Kenapa tidak berkualiti! Kerana anda sendiri yang kata “sekarang, tarbiyah dah tak penting. Sekarang, takwin (usrah, halaqah) dah tak wajib” seakan anda sendiri yang kata “power window problem tu.. small matter” , “tayar depan MPV terbaru kita masuk ke dalam (sampai tak leh bergerak) tu… small matter” “Yang penting, kereta kita dah diimport ke sana ke mari. Model baru keluar dalam rupa itu dan ini” “logo syarikat kita terpampang kat kereta racing F1 lagi” dan sebagainya. Maka, terimalah takdirnya, anda makin bangkrap, terpaksa melutut mencari rakan kongsi, dan sebagainya.

Nah, apakah anda sanggup membiarkan nasib dakwah juga sebegini?

p/s – alhamdulillah, berkat doa anda, hari ni senang pulak nak posting (walau pun asalnya gambar tak keluar. kena insert satu-satu). teruskan mendoakan saya. jazakumullah khairan semua

     – blog baru saya farhan-albanna.blogspot.com. tak tau lagi nak pindah ke idak.

    – huhu…takde yang sudi menjadi moderator blog saya. oh….

   – huhu… kenapa takde sapa yang berminat kalau saya bertukar angin buat filem, drama, dll. Apa, ingat saya tak reti jadi pengarah ke (nada penuh riak)? oh….

  – other alternatif is tumpu pada website futuwwah.com je. Atau facebook. tapi kalau facebook, rasa banyak lagha dari manafaatnya

 -jazakumullah khairan kepada ukhti kuchinque dan muharikah atas tips dan tunjuk ajar. nanti saya explore lagi cadangan-cadangan tu, insyaAllah

Posted in Uncategorized | 2 Komen

Assalamu’alaikum

Saya rasa, server yang saya gunakan, baik di rumah mahu pun di ofis, yang sebenarnya menimbulkan masalah kepada saya. Saya sudah cuba “rujuk” kembali dengan blogspot, bahkan dah pun menghasilkan blog baru, cuma, ternyata masalah nak log in, nak post, dan sebagainya masih lagi menghantui “hubungan” saya dengan blogspot.

Maka, saya ada idea “mengada-ngada”. Agak-agak ada tak di kalangan mereka yang membaca blog saya ini, awak, awak-awaklah… yang berminat nak menjadi moderator blog saya ini? Saya akan berikan anda log-in id dan password saya. Saya akan emailkan ke anda artikel saya. Anda boleh meng-updatekan artikel saya ini selain boleh menentukan “appearance” blog ini menurut selera anda.

Alhamdulillah, target saya untuk menghasilkan artikel minima sekali sebulan tercapai. Kerana ada yang memberi komen dan sebagainya, saya menukar target kepada minima 1 artikel dalam tempoh 2 minggu. Alhamdulillah, saya berjaya “proaktif” dalam target itu dengan menghasilkan artikel baru secara mingguan. Syukur…

Saya masih ingat, ketika saya mula bekerja dan memilih melibatkan diri dalam dakwah bil qalam, saya akan ke pekan mencari cyber cafe untuk saya jayakan misi menghantarkan tazkirah menggunakan email -ketika itu, hotmail. Alangkah tersiksanya saya ketika itu, kerana terkadang sejam atau 2 jam duduk c.c., still tak dapat nak log-in ke email. maka sia-sialah kunjungan saya ke c.c. pada hari itu. atau, dapat log-in ke hotmail, dah siap taip artikel, kemudian bila nak send ke kawan-kawan, internet “hang”. Hahaha….sia-sia meluangkan masa menunggu log-in ke email, menaip artikel, apabila akhirnya tak tercapai gak… namun, di sebalik semua kesukaran dan kesulitan itu, alhamdulillah, saya dapat istiqamah. alhamdulillah ya Allah…

Namun, untuk berhadapan dengan situasi sebegitu sekali lagi… hahaha…tak sanggup. Maka kerana itulah saya memikirkan alternatif dan kaedah dakwah lain yang boleh saya ceburi. Namun, untuk sementara, nampaknya menulis artikel masih menjadi pilihan. cuma nak kena fikirkan kaedah yang paling efisyen untuk menjayakannya.

so, camane…. ada yang berminat?

Posted in Uncategorized | 3 Komen

Assalamu’alaikum

Dah buat blog baru. Tengah test reliability dia sebelum berpindah dari wordpress ni. Tapi nampak cam banyak problem gak; susah nak log-in, slow, bla..bla….

Kalau tere, try la carik link blog baru tu. Haha…

Posted in Uncategorized | 1 Komen

“faridul.wordpress.com” R.I.P?

assalamu’alaikum sidang pembaca nan budiman,

kebelakangan ini, masalah dengan wordpress semakin meruncing. Tak dapat nak post. Bila dapat post, paragraph jadi rapat-rapai walau pun berulangkali diedit, di “enter” untuk memberikan ruangan paragraph, dan sebagainya. Tak leh nak upload gambar yang membuatkan artikel-artikel kelihatan “dull”. Dan macam-macam lagi.

Waima, saya pun sedang consider untuk menutup wordpress ini. Dulu, ketika web “Tadabbur al-Engineer” ini berlegar di blogspot, saya dapati ada masalah tak leh nak posting articel, yang membawa saya untuk berpindah ke wordpress ini. Kini, bila wordpress pun turut menimbulkan banyak problem, saya terpaksa memikirkan alternatif-alternatif, wasilah-wasilah dan medium-medium lain untuk da’wal bil qalam ini.

Mungkin sudah tiba masanya untuk saya mengucapkan “selamat tinggal” ke alam blog. Tetapi, tak kan pula mahu “bersara” selepas aktif berharakah? Apa alternatif yang saya ada? kembali mengganggu inbox-inbox email orang seperti yang saya buat dahulu, ketika mula menulis pada tahun 2004, yang kemudiannya ramai pihak “menghalang” saya untuk menghantar email kepada mereka? Atau, segera memikirkan untuk menerbitkan majalah islami alternatif yang turut menggabungkan sahabat-sahabat aktivis harakah yang lain, lalu penulisan lebih tertumpu pada majalah yang mungkin terbit satu kali atau dua kali dalam sebulan? Atau, “beralih angin” daripada menerbitkan artikel kepada menerbitkan drama dan filem berfikrah pula?

Doakan Allah temukan istikharah yang terbaik buat saya, juga buat dakwah.

Wassalamualaikum warahmatullah.

terima kasih kerana membaca!

Posted in Uncategorized | 6 Komen

Ballon d’Or

Satu lagi artikel menarik daripada Ustaz Abu Hanifah Mohd Kamal (B.Eng, Sijil Perbandingan Agama, Sijil Pengajian Syari’ah), Senior Consultant Futuwwah. Tajuk dalam entri ini saya ubah, artikel asal boleh didapati di blog beliau :http://imam-abuhanifah.blogspot.com/2010/09/menjadi-daie-yang-berstatus-bintang.html)

Dalam suatu pertandingan bola sepak, sudah pasti ada pemain yang akan bermain sebaik mungkin untuk membantu pasukannya mencapai kemenangan termasuklah pemain simpanan. Apabila wujudnya segelintir pemain yang sebegini, menjadikan mereka ini pemain tumpuan dalam setiap perlawanan hinggakan menjadikan diri mereka bintang dalam pasukan mereka. Untuk menjadi pemain bola sepak berstatus bintang adalah harapan bagi setiap pemain sama ada pemain utama ataupun pemain simpanan. Itu sebabnya, kebanyakan pemain-pemain yang hebat tidak suka apabila terlalu lama memanaskan bangku simpanan. Lihat saja apa yang terjadi kepada pemain-pemain utama Manchester City. Akibat terlalu banyak membeli pemain-pemain baru yang berstatus bintang, maka, pemain-pemain asal mereka yang juga berstatus bintang mengugut untuk mencari pasukan baru apabila terlalu lama berada di bangku simpanan. Dalam mindset mereka, apalah maknanya jika dibayar dengan gaji yang lumayan tetapi hanya berada di bangku simpanan. Jelas, mereka tidak dapat menyumbangkan kehandalan dan kehebatan mereka untuk pasukan mereka apabila hanya menjadi pemain simpanan.
Begitu juga kepada sesiapa yang pernah terjebak dalam permainan Football Manager. Dalam permainan ini, bagaimana tugas seorang pengurus untuk menguruskan sebuah pasukan bola sepak. Jika terlebih membeli pemain handalan, akan berlakunya ketidakpuasan hati di kalangan pemain dan permintaan untuk meninggalkan pasukan yang lebih memberi peluang untuk bermain. Itulah realiti yang berlaku dalam senario bola sepak. Tidak akan wujud pemain yang lebih suka memanaskan bangku simapan dan berpeluk tubuh sahaja berbanding mengerah keringat bertarung di pentas perlawanan.
Maka, bagaimana pula untuk menjadi dai’e yang berstatus bintang? Adakah cukup hanya dengan menghadiri halaqah, daurah dan program untuk dirinya sahaja? Atau adakah cukup dengan berpeluk tubuh dan hanya menunggu perintah dakwah tanpa mempunyai inisiatif sendiri? Sepatutnya, realiti ini tidak harus wujud di kalangan para dai’e di mana tidak hanya menunggu arahan ataupun hanya melihat rakan-rakan sehalaqah bekerja habis-habisan untuk berdakwah. Jika pemain bola sepak ditawarkan dengan pendapatan yang lumayan sehingga ada pendapatan yang mencecah 1 juta US Dollar seminggu, bahkan para dai’e ditawarkan dengan nikmat yang tiada tolok bandingnya jika mereka bersungguh-sungguh melakukan kerja dakwah ini seperti yang dilakukan oleh para Nabi dan para Sahabat.
Firman Allah: “Dan orang-orang yang paling dahulu (beriman), merekalah yang paling dahulu (masuk syurga). Mereka itulah orang yang dekat (kepada Allah). Berada dalam syurga kenikmatan. Segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu. Dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian. Mereka berada di atas dipan-dipan yang bertakhtakan emas dan permata. Mereka bersandar di atasnya berhadap-hadapan. Mereka dikelilingi oleh anak-anak muda yang tetap muda. Dengan membawa gelas, cerek dan dan sloki (piala) berisi minuman yang diambil dari air yang mengalir. Mereka tidak pening kerananya dan tidak pula mabuk. Dan buah-buahan apa pun yang mereka pilih. Dan daging burung apa pun yang mereka inginkan. Dan ada bidadari-bidadari yang bermata indah. Laksana mutiara yang tersimpan baik. Sebagai balasan atas apa yang mereka kerjakan. Di sana, mereka tidak mendengar percakapan yang sia-sia mahupun yang menimbulkan dosa. Tetapi, mereka mendengar ucapan salam.” (Al-Waqi’ah, 56: 10 – 26)

Firman Allah: “Dan katakanlah, ‘Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga Rasul-Nya dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan’.” (At-Taubah, 9: 105)

Sebagai golongan yang beriman kepada kitabullah, lihat sahajalah tawaran yang Allah beri dan jamin kepada golongan yang berdakwah. Jika seorang pemain bola sepak sangat boring dan menyampah hanya dengan memanaskan bangku simpanan, mengapa tidak kita sebagai dai’e menjadi begitu? Merasa boring dan menyampah apabila tidak melakukan kerja dakwah dan giat mencari medan-medan dan kader-kader baru untuk kita bina generasi baru yang dahagakan dakwah Islam ini. Ayuh para dai’e sekalian, tinggalkanlah bangku simpanan yang telah begitu lama kita panaskan dan marilah bersama-sama menjadi dai’e yang berstatus bintang yang menyinari alam ini dengan kerja-kerja dakwah para Nabi.
Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Iron Man

Artikel menarik daripada ustaz Mohd Shahman Md. Azmi, senior consultant Futuwwah Enterprise, seperti yang tersiar di web www.futuwwah.com.

 

 

 

Barangkali, apabila kita sebut tentang logam, ramai yang akan terbayang logam-logam mewah seperti emas, titanium (?), uranium (?) dan sebagainya. Bahkan mugkin tidak keterlaluan jika dikatakan kita amat ingin memiliki logam-logam mewah seperti ini. Masakan tidak! Memiliki barangan yang diperbuat daripada logam mewah seperti ini beerti memiliki kekayaan!. Mugkin ramai yang terlupa atau sengaja “buat-buat lupa” akan logam-logam yang lain. Logam-logam seperti kuprum, nikel, aluminium mungkin bukan menjadi “pujaan hati” kita jika disuruh untuk memilihnya antara emas. Kalau adapun yang memilih logam-logam seperti ini, mungkin hanya pengutip besi buruk, barangkali!

 

Cuba kita berfikir sejenak, ada apa pada logam? Tentu banyak bukan? Boleh dikatakan kebanyakkan barang diperbuat daripada logam (atau kalaupun tak semua, sebahagiannya!). Dari pedang Samurai ke keris Hang Tuah, dari gelang emas Mami Jarum ke rantai beruang panda, dari skru motosikal Nitro ke duit syilling, semuanya dari logam. Justeru kita tidak dapat tidak mengakui logam antara barang terpenting dalam kehidupan. Persis seperti mana yang Allah firmankan dalam Al-Quran:

“…Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)Nya dan rasul-rasul-Nya padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa” (Al-Hadid: 25)

Mari cuba kita fikirkan pula ada berapa jenis logam? Banyak bukan? Dari yang hitam melegam, merah menyala, putih melepak, kelabu asap, kuning taik gigi hinggalah ke warna yang tak tahu kita nak sebut!. Ada yang namanya emas, perak, tembaga, zink dan segala macam lagi. Dan tiap-tiap jenis logam, ada sifat masing-masing yang menbezakan antara satu logam dengan logam yang lain. Juga setiap logam ada kegunaan yang bertepatan dengan ciri dan sifat masing-masing. Bak kata Encik Astro “macam-macam ada!”

Nah, sekarang mari kita fikirkan tentang sifat-sifat logam pula. Antaranya mudah dibentuk, kuat, tahan, dan sebagainya. Pendek kata, logam memang cukup banyak manfaat buat manusia. Justeru, dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Nabi ada megumpamakan manusia itu ibarat logam:

“Manusia itu ibarat logam. Baiknya dia ketika di jahiliyyah baiknya juga dia ketika di Islam. Sekiranya dia faham.” (Bukhari & Muslim)

Jadi, mari kita bandingkan sebahagian sifat yang ada pada logam untuk diambil pengajaran. Seperti yang kita maklum logam mudah dibentuk. Makanya, sifat seorang manusia itu (apatah lagi orang mukmin!) seharusnya juga begitu. Mudah dibentuk. Jika elok acuannya maka elok jugalah produk yang dihasilkan. Jika sumbing acuannya, maka sumbing jugalah hasilnya. Sejarah telah melakarkan bagaimana generasi para sahabat “dibentuk” oleh acuan yang benar sehingga berjaya menjadi “khoiru ummah” (3:110). “Tempaan” keatas “logam” yang bernama Ummar cukup menjadi bukti bahawa kebenaran dan kemuliaan Islam. Masakan tidak, ketika di zaman jahiliyyah, beliau cukup terkenal dengan sikap “gedebe” nya mempertahankan agama nenek moyang musyrikin Mekah. Nah, lantaran di “dibentuk” oleh acuan yang betul, beliau berubah menjadi seorang yang cukup lantang dalam memperjuangkan Islam. Lihat saja bagaimana acuan Islam berjaya menghasilkan “logam-logam” emas pada masa pemerintahan Abassiyyah! Sebutkan saja Ibnu Sina, Al-Farabi, Al-Khawarizmi dan lain-lain. Bukankah “logam-logam” ini hasil “tempaan” Islam?

Juga kalau dilihat, logam adalah antara bahan binaan yang terkuat dan tahan lasak. Jadi, sifat seorang manusia itu seharusnya kuat umpama logam. Tidak “lembik”, “lemah”, “pengecut” dan yang sewaktu dengannya. Jika sifat logam yang kuat dan mudah dibentuk itu menjadikan ia diguna untuk menghasilkan pelbagai jenis barangan yang “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”, makanya, sudah barangkali tentu kita terlebih lagi harus mencontohi sifat sang logam itu! Seharusnya kita tidak “lemah”, “takut” “lembik” ketika mana menghadapi cubaan dan rintangan. Bukankah tercatat dalam sejarah sekian banyak pejuang-pejunag Islam yang bermati-matian mempertahan Islam.

Seperti yang sedia kita maklum, ada pelbagai jenis logam seperti yang disebutkan tadi. Mugkin kebanyakkan antara kita lebih memuja “emas” (King Midas?) berbanding logam lain. Amat sedikit (barangkali tiada) yang memuja “kuprum” apatah lagi “zink” atau logam-logam yang tidak se “glamour” emas dan logam-logam yang namanya pun kita jarang-jarang dengar, entahkan wujud atau tidak!. Nah, cuba kita lihat kembali kepada hadis Rasulullah di atas. Dalam hadis tersebut, baginda menyebut hanya “logam”. Nama yang umum untuk segala macam jenis logam yang ada di muka bumi ini. Makanya, mugkin antara ibrah yang dapat kita perhatikan, adalah tidak kira manusia itu dari jenis “logam” apa sekali pun (miskin, kaya, hitam, putih, gemuk, kurus, jurutera, doctor, cleaner, konduktor bas dsb) masing-masing ada peranan yang dapat dimainkan. Mana mungkin semua benda/barang harus diperbuat daripada logam “emas” semata. Jika begitu, barangkali, penyamun-penyamun sudah jadi kaya raya!. Iya, Kuprum mugkin bukan pilihan utama kita! namun, tanpa kuprum, sudah tentu segala barang eletrik & elektronik tidak dapat berfungsi!. Makanya, setiap orang ada posisi yang sesuai untuk diri masing-masing. Jika sang “emas” banyak harta menimbun, maka tangunngjawabnya besar untuk membantu umat Islam dari segi ekonomi. Jika sang “besi’” punya badan yang sihat dan kuat, maka posisinya mungkin di medan peperangan. Bukankah Rasullah sendiri menempatkan para sahabat sesuai dengan keadaan mereka?

Tapi, di penghujung hadis tersebut, Rasulullah ada mengatakan “sekiranya dia faham”. Nah, disini letaknya “kunci” keseluruhan hadis tersebut. Segala-galanya berkait rapat dengan “kefahaman”. Mana mungkin seseorang yang “hebat” di zaman jahiliyyahnya dan kemudian “hebat” setelah mendapat hidayah atas dasar suka-suka tanpa kefahaman. Mustahil! Ibarat seorang yang tak faham soalan periksa tapi dapat score A+. Mungkin pemeriksa tersalah tanda, atau barangkali pemeriksa yang tidak faham sebenarnya!.

Ummat sedang ternanti-nanti kehadiran sang “logam” yang bakal membina semula kegemilangan tamadun Islam. Maka, siapa yang sanggup menjadi “Ironman” seterusnya?

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Samba Brazil

Di dalam dunia bola sepak, mind set yang dipunya oleh pengurus pasukan serta barisan pemainnya, agak berbeza dengan peminat dan penyokong yang menonton sesebuah perlawanan bola sepak. Kita, barisan penyokong, menghargai sebuah persembahan menarik daripada pasukan yang kita sokong. Kita sering mem”boo” pasukan sendiri begitu mereka bermain buruk, atau mengkritik dan menghina pemain-pemain yang tidak cemerlang, dek kerana kita lebih tertarik dengan permainan ala Cristiano Ronaldo, atau Ronaldinho, atau Rivaldo, atau Robinho, tetapi, yang dipamerkan di atas padang justeru sebuah aksi yang membuat kita rasa nak tertido.

Berbeza dengan pengurus pasukan. Yang paling penting pada dia, ialah keputusan perlawanan. Biar betapa hambar pasukannya bermain, biar seberapa buruk atau gol “nasib baik” yang berjaya dijaring, biar betapa lambat gol kemenangan diperoleh, asal ia pulang dengan sebuah kemenangan, itu sudah cukup memberikan senyuman tanda keriangan. Ertinya, yang penting pada kaca mata pasukan adalah ahdaf yakni tujuan perlawanan, iaitu memperoleh kemenangan, bukan mempamerkan permainan menghiburkan. Biarlah strategi “samba” hancur menjadi “sambal”, asal kemenangan yang dikau peroleh, itulah yang paling penting di akhir perlawanan.

Sebegitulah juga dengan harakah islamiyah.  Tarbiyah, tatkala kita kembalikan kepada ahdaf (tujuan)nya yang asasi, ialah agar terbentuknya kader dek sebuah orientasi pembinaan (takwin). Atau, dalam istilah lainnya, harakah islamiyah yang berteraskan tarbiyah, sifatnya senantiasa takwin centric, iaitu menitik beratkan kualiti dalam aktiviti-aktiviti yang ia jalankan. Ia mungkin membuat program umum yang, dalam istilahnya Hassan al-Banna, berada pada marhalah ta’rif. Tetapi, program umum itu tetap bersifat amaliyatut tajnid, iaitu terorientasi kepada pembinaan dan pembentukan kader. Hingga, biar pun program-program yang ia jalankan mungkin tidak gempak, tidak glamer, dan tidak kelihatan gah pada zahirnya, tetapi keputusan akhir yang ia peroleh, iaitu penambahan kader yang sama-sama dapat menggerakkan dakwah, itulah yang memenuhi tujuan asal ia turun ke medan juang.

Malangnya, ramai aktivis dakwah dewasa ini, lupa bahawa mereka adalah “pemain” dalam perlawanan ini, lalu bersikap seperti lagaknya seorang “penonton”. Yang mereka titipkan dalam perjuangan, lebih kepada permainan “menghiburkan”. Lalu disusunlah oleh mereka senarai program yang, bila dituliskan di atas kertas, kelihatannya segak dan menggemparkan, sedang hasil akhir (end result) yang bisa diraih, tidak menyumbang kepada peningkatan kualiti seperti yang diharapkan.

Apa guna permainan samba ala Brazil, jika piala dunia menjadi milik pasukan Sepanyol?. Apa guna barisan bintang yang dipunya oleh Manchester City, andai Liga tetap dimenangi oleh pasukan Chelsea? Apa guna nama segah Liverpool, andai tewas memalukan di tangan pasukan divisyen 2 seperti Northampton.

Marilah kita kembali kepada akar permasalahan. Iaitu aktivisma tarbiyah berdasarkan ahdaf (tujuan), bukan aktiviti tarbiyah berdasarkan kemegahan. Mungkin lewat hasil yang dinantikan, tetapi kemanangan tetap mucul seperti yang dijanjikan. Syaratnya satu: sabar! Maka sabaralah kamu seperti sabarnya pasukan Manchester United tahun 1999, yang berkat kesabaran itu, beroleh kemenangan hasil gol pada masa tambahan. Iya, kemenangan terhasil, di masa tambahan!

Posted in Uncategorized | 2 Komen

WIRELESS

“Ketika berdoa,” kata Umar al-Khattab, moga-moga ALLAH senantiasa meredhai dirinya, “aku tidak memiliki obsesi agar doa itu terkabul. Obsesiku hanyalah keinginan untuk mengucapkan doa.”

 

 

Sungguh dalam perkataan Khalifah ar-Rasyidin kedua ini. Dalam berdoa, sungguh pun banyak orang melihat betapa berdoa itu adalah permintaan, tetapi kepuasaan seorang Umar justeru bukan kepada ter”makbul”nya doanya itu, tetapi justeru terhadap “pengucapan” doa itu. Hal ini hanya bisa difahami, oleh orang-orang yang melihat betapa doa -bersama-sama ibadah solat- adalah interaksi langsung manusia dengan ALLAH Ta’ala. Jika sebahagian orang memerlukan orang lain –para alim ulamaknya- untuk berbicara, memohon ampun mahupun menyampaikan hajat kepada Tuhannya, kita umat Islam, diberikan kesempatan untuk berbicara langsung dengan ALLAH Ta’ala, tanpa perantara sesiapa pun. “Wireless”. Caranya? Itu, melalui solat dan doa tadi.

 

 

Seperti orang yang sedang kemaruk cinta. Romeo cukup mendengar suaranya Juliet. Zainuddin cukup dapat berbicara dengan Hayati (Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck). Beckham cukup dapat berkomunikasi dengan Posh Spice. Kerinduan itu, justeru pada bicaranya, bukan pada contentnya. Wajar, perbualan para pemuda cinta di luar sana, biarpun sering memakan masa yang lama, tetapi isinya seakan tiada nilainya. “Awak makan apa hari ini?” “Berapa bi ji beras awak makan tadi?” “Beras cap gapo deh demo makan?” “I rasa beras yang you makan tu sesuai dengan wajah you la” dan lain-lain perbualan lagha yang sewaktu dengannya itulah, yang memenuhi dialog perbualan panjang lebar mereka.

Barangkali inilah rahsia kebahagian hidup. Tatkala hidup ini sudah mencukupi, tatkala terbinanya hubungan dengan Dia, Ilahi Rabbi. Kerana tatkala ALLAH sudah bersama dengan kita, apa ada dengan dunia dan perhiasannya? Hinggakan permasalahan-permasalahan dan persoalan-persoalan bersifat duniawi, semuanya kelihatan kerdil di mata kita, lantaran persoalan-persoalan dan permasalahan-permasalahan Akhirat, sudah mendominasi syu’ur (perasaan) dan pemikiran kita. Wajar, baginda Nabi SAW di dalam hadith yang diriwayatkan oleh  Abu Daud, daripada Abu Sa’id al-Khudri mengajarkan kita sepotong doa;

“Allahumma inni auzubika minal hammi wal hazan…”

 

“Ya ALLAH, aku berlindung pada-Mu dari rasa keluh-kesah dan dukacita…”

 

Kerana itu, tepat sekali pesannya Tuan Guru Nik Aziz, betapa setiap manusia akan diuji. Diuji dari “bidang” yang ia geluti. Maka wajar, musykilahnya para nabi dan pejuang Islam sejati, adalah musykilah-musykilah yang berkaitan dengan dakwah. Yang berkenaan dengan umat. Yang menyangkut bab agama. Bukan kerana kehidupan peribadi mereka tidak pernah teruji, tetapi hati mereka sudah tertaut pada perjuangan nan suci, lalu apalah nilainya permasalahan duniawi, untuk mereka keluh-kesahkan berbanding persoalan perjuangan membela agama Ilahi Rabbi.

Lalu –bak kata Umar- yang berharga di dalam doamu itu adalah doa itu sendiri. Bukan permintaannya. Bukan kepada makbulnya. Tetapi kerinduan dan kecintaan mu berbicara dengan Ilahi Rabbi. Melepas “angau”, pada Rabbul Izati.

Nah, tidak perlu kabel, tidak perlu hardwire, langsung berhubung secara wireless. “ON” kan saja “wifi” dan “Bluetooth”, iaitu solat dan doa, dan berbicaralah sepuas-puasnya dengan DIA. Mengadulah sepuas-puasnga kepada DIA. Lepaskanlah rindumu sepuas-puasnya terhadap DIA. Bukan kena bayar pon…..

Posted in Uncategorized | 3 Komen