Aura Al-Qaradhawi

Akhirnya, syeikh yang seorang ini, hadir dan melepaskan rindu ribuan anak-anak muridnya, yang selama ini hanya berkesempatan “berguru” dengan beliau lewat pemikirannya, lewat buku-buku tulisannya, lewat fatwa-fatwa yang dikeluarkannya. Biar ramai yang kem[unan untuk bertemu secara bersua muka dengan syeikh agung ini, masjid Shah alam yang menyaksikan kebanjiran ribuan warga manusia, sudah cukup menggambarkan kerinduan yang ingin dilepaskan oleh mereka; biar hanya bisa melihatnya dari kejauhan.

Dan penangannya pun mula terasa. Sebaik azan Maghrib dikumandangkan, beribu-ribu warga manusia yang membanjiri masjid Shah Alam itu serta merta bangkit dan maju mara ke hadapan. Tatkala solat Jumaat sahaja menyaksikan hampir ketika imam sudah mahu rukuk, barulah barisan saf manusia terisi dengan sempurna, aura kehadiran al-Qaradhawi sudah cukup untuk mengajak manusia membangun sunnah solat berjemaah yang mulia. Saf terpenuh sejak awal. Dan kerapatan dan kepadatan saf, bahu ketemu bahu, tumit ketemu tumit, cukup memancarkan sinar bahagia.

Entah apa perasaan ribuan manusia itu, tatkala akhirnya merasa menjadi makmun kepada syeikh yang mulia ini, biar hanya sekadar satu solat Maghrib sekali seumur hidup. Dan syeikh kemudiannya menyempurnakan hajat ribuan manusia yang menunggu-nunggu untuk bertemu dirinya itu: menjadi muridnya secara live, dengan untaian taujih penuh hikmah, penuh semangat, penuh berbisa, biar tidak difahami oleh kebanyakan daripada mereka (lantaran berbahasa arab).

Pernangan sang syaikh. Aura sang syaikh. Keagungan sang syaikh. Biar tidak berpeluang bersua muka, atau bersalaman, atau mengabulkan “golden dream” untuk bergambar mesra dengannya, kehadirannya sahaja sudah cukup untuk membangkit iman, menetapkan istiqamah, dan melanjutkan kesabaran untuk terus tegar berjalan meniti titian dakwah yang turut sama dilalui oleh dirinya. Terima kasih di atas kunjunganmu ke negara ini, wahai Syaikh al-mua’llim Dr. Yusuf al-Qaradhawi yang tercinta!

Gurauan:  —deleted—

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

7 Responses to Aura Al-Qaradhawi

  1. hamba Allah berkata:

    Tak logikla YQ diberi tauliah oleh JAIS, siapalah JAIS nak banding dgn YQ.

    Sepatutnya JAIS mengubah undang-undangnya dalam bentuk pengecualian yakni sesiapa yang didapati mengajar yg salah baru didakwa.

    Jika tidak, JAIS akan ditanya di hari kiamat atas 2 kesalahan:

    1)menghalang orang berdakwah
    2)Memilih bulu, yakni hanya yang dia tidak suka baru didakwa. Jamaah tabligh yang berlambak yang tidak ada tauliah tidak didakwa.

    Jadi, dinasihatkan tarik balik perli anda.

    JazakALLAH khaira.

  2. hamba Allah berkata:

    Bukan Dr. Maza tak boleh mengaku salah, mmg Dr. Maza tahu dia tiada tauliah daripada JAIS.

    Tetapi persoalannya adalah masa hadapan

    1) orang akan hanya ingat Dr. Maza mengajar tanpa tauliah (dalam kata lain Dr. Maza tidak qualified, padahal sebenarnya orang2 dalam JAIS itu tidak boleh dibandingkan dengan Dr. MAZA daripada segi ilmu dan malakah)

    2) Jika Dr MAZA mengaku bersalah, ia seolah-olah ketaatan pada kemaksiatan pada ALLAH. Sebabnya dakwah itu wajib. Jika pemerintah kata takleh, maka tidak wajib taat bahkan diingkari. Dan tidak menjadi keperluan untuk meminta tauliah kerana contohnya jika kerajaan kata kita kena minta tauliah dulu baru boleh solat, adakah kita akan minta tauliah ke tidak?

  3. technicboy berkata:

    cakap pasal tauliah nie, ana teringat satu radio yg yg dikendalikan oleh linda onn tak silap..radio apa ana tak tau la coz masa tue ana dengar dlm bus jer..
    seorang peminat radio nie mintak leh linda tolong baca kan doa akhir awal tahun..linda ckp doa nyer dah ada depan mata dia, tp dia kata biarlah org yg bertauliah membacanyer..and dia kata nanti dia carikan ustaz utk membacanya..

    hmm..persoalan tauliah disebut2 lg.. sampai nak baca doa pon kena ader yg bertauliah..
    p/s:kalo gini semua murabbi ana tak leh buat halaqah pas nie..semua nyer takder tauliah..hahaha…

  4. ii berkata:

    biar hanya sekadar satu solat Maghrib sekali seumur hidup…-begitu mendalam…walaupun x sempat bersua, mgkn bole tulis artikel…”aku dan Qardawi:…hehehe…gurau je….serius tul conversation kat sini…

  5. Abu Hanifah berkata:

    Fuh…bestnya! Tak dapat jumpa sebab kene cacar. “Aku dan Cacar..”

Tinggalkan Jawapan kepada Abu Hanifah Batal balasan